Posts

Mengkaji mengapa jenayah berat berleluasa (Utusan Malaysia 23 Ogos 2024)

Image
“ KEMERDEKAAN manusia menurut ajaran Islam, dihimpunkan ke dalam kekuasaan Tuhan. Oleh sebab itu, maka merdeka dengan tidak ada himpunan, merdeka menempuh langkah sendiri-sendiri saja tidak memperdulikan orang lain, tidaklah ada. Bertambah lanjut fikiran manusia, bertambah terikatlah dirinya oleh akal budinya. Kalau dikaji sampai ke sana, tidaklah ada yang merdeka dalam alam ini. Isi alam mesti tunduk kepada peraturan. Barang siapa yang melanggar aturan, binasalah! ” – Buya Hamka   Dalam mewacanakan lambakan kes-kes jenayah berat mutakhir ini, ramai netizen yang enggan melihat hubung kait di antara jenayah yang berleluasa dan masyarakat. Malah ada yang berkata bahawa setiap satu kes adalah terpencil dan terasing daripada satu dengan yang lain.  Namun dalam bidang kriminologi, yang mengkaji bagaimana masyarakat berinteraksi dengan jenayah, setiap satu jenayah yang berlaku dalam masyarakat boleh dikaitkan secara terus dengan struktur masyarakat di mana jenayah itu berlaku. Jenay...

Wajarkah diadakan tempoh bertenang sebelum penceraian? (Utusan 17 Ogos 2024)

Image
“ Qauwwamuna bererti memimpin supaya tegak. Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh! Atau menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam. Mengajar kalau ilmunya masih kurang. Memujuk kalau dia dalam kesedihan. Di samping itu mencukupkan apa keperluannya, kainnya, bajunya, perhiasannya, yang sepanjang tubuh, sepanjang bayang-bayang. Itulah tugas lelaki membela perempuan. Ertinya mengikut kekuatan dan kemampuan si lelaki. ” – Buya Hamka  Minggu ini beberapa akhbar Malaysia melaporkan berita mengenai Kementerian Hal Ehwal Sivil China kononnya telah mengumumkan hasrat penggubalan pindaan kepada undang-undang sedia ada di negara itu bagi mempermudahkan urusan pendaftaran perkahwinan dalam masa yang sama menyulitkan proses penceraian. Sebetulnya cadangan ini memperhalusi peraturan yang sudahpun berkuatkuasa sejak Januari 2021, dan kini diperkemaskan lagi untuk memastikan ia dapat mencapai sasaran dalam memelihara kepentingan ...

Ramai rupanya wartawan Malaysia yang cacat otak (UNPUBLISHED)

Di bawah adalah rencana kedua ditolak daripada penyiaran yang diniatkan untuk 16/08/2024: “ Qauwwamuna bererti memimpin supaya tegak. Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh! Atau menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam. Mengajar kalau ilmunya masih kurang. Memujuk kalau dia dalam kesedihan. Di samping itu mencukupkan apa keperluannya, kainnya, bajunya, perhiasannya, yang sepanjang tubuh, sepanjang bayang-bayang. Itulah tugas lelaki membela perempuan. Ertinya mengikut kekuatan dan kemampuan si lelaki. ” – Buya Hamka Disember tahun lalu, tular berita kehilangan Bella. Sebulan kemudian rangkanya ditemui dalam sebuah rumah yang ditinggalkan. Akhbar dan media galak menamakan suspek sebagai bekas teman lelaki Bella. Pada 11 Julai lalu, permohonan rakan-rakan Farah Kartini Abdullah di media sosial tular agar orang ramai membantu dalam pencarian sahabat mereka yang sudah seharian hilang tanpa kesan. 15 Julai, mayat beliau d...

Mana pergi anak-anak kita? (Utusan Malaysia 2 Ogos 2024)

Image
“ Teristimewa sehabis peperangan dunia ini, sebagai juga tiap-tiap habis perang, kita melihat kegelisahan yang memuncak. Kita melihat perasaan yang tidak puas, perkara-perkara, yang tidak beres. Baik berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, jalan pemerintahan, pengurusan, birokrasi. Kita melihat kejatuhan akhlak, kerosakan budi, kejahatan yang memuncak, kecurangan yang dikerjakan dengan tidak malu-malu. Kita ingin membangun tetapi yang kelihatan di mana-mana hanyalah keruntuhan. Kehormatan dan keruntuhan... ” – Buya Hamka  Saban minggu ada saja poster orang hilang yang disiarkan termasuklah kehilangan kanak-kanak. Mengikut statistik yang dikeluarkan PDRM, dari tahun 2020 hingga 2023 terdapat 3,067 kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan di dalam negara. Malah PDRM merumuskan hampir 900 laporan orang hilang diterima setiap tahun. Jika bernasib baik, mereka akhirnya ditemui dan dikembalikan ke pangkuan keluarga. Malang sekali masih ramai juga orang hilang yang tidak dijumpai sehingg...

Sekolah jadi kilang kapitalis kaparat (Utusan Malaysia 26 Jul 2024)

Image
“ REVOLUSI Perancis adalah pintu zaman buat kemerdekaan diri (liberalisme) dan penutup pintu bagi perhambaan diri kekuasaan besar (universalisme). Yang panjang fikirannya, hiduplah dengan hasil fikiran. Yang cerdik berusaha, mendapatlah kekayaan. Raja tidak berpengaruh lagi, Pendeta tidak berkuasa lagi. Ilmu pengetahuan tidak terhambat lagi. Ketinggian ilmu pengetahuan dan pendapat baru, menjadi mata penghasilan hidup. Orang sudah jemu dengan tradisi lama. Jemu denan kekayaan yang dijanjikan pendeta dalam ‘Kerajaan Langit’. Diputar otak, dapatlah mesin. Diputar lagi mesin diperbaiki. Penghasilan mengagumkan, kekayaan tumpah-ruah .” – Buya Hamka  Bila sistem pendidikan dimanipulasi sebagai kilang buat melahirkan graduan yang bakal diperhambakan dalam sistem kapitalis kaparat, harga kehormatan nyawa manusia tidak dianggap kepentingan utama. Sebaliknya, manusia dinilai daripada keupayaannya dihambakan secara berterusan dalam sistem kapitalis yang sering disembunyikan nama-nama berpres...

Bila polis jadi perompak (Utusan Malaysian 19 Jul 2024)

Image
  “ Yang menjadi sebab timbulnya dosa dan kesalahan, menurut penyelidikan ahli-ahli ilmuwan budi bangsa Barat adalah lantaran sempitnya lapangan tempat manusia tegak di dalam hidupnya. Orang yang sempit lapangan hidupnya, sehingga tidak kelihatan olehnya orang lain, melainkan hanya dirinya sendiri saja, tabiatnya yang dinamakan egoistis, itulah orang yang sedekat-dekatnya kepada berbuat jahat. Sebab segala kejahatan yang dilakukannya dirasakannya hanya faedah untuk dirinya saja .” – Buya Hamka  Bagi penggemar filem berbahasa Tamil, sudah tentu siaran filem Maharaja di saluran Netflix dinantikan. Saya amati jika penggemar filem ingin disajikan dengan penceritaan yang teratur, menyentuh isu sosial secara kritikal tanpa memperbodohkan penonton, filem keluaran Kollywood lebih banyak pilihan. Skrip yang kemas dengan bait yang tidak terlalu ‘menyekolahkan’ penonton membuatkan topik sosial yang sarat dilihat tenang dikupas di kaca televisyen.   Yang menariknya kali ini, dal...

Menyusukan kera di hutan biarpun anak di rumah kebuluran! (Utusan Malaysia 12 Jul 2024)

Image
“ TAKTIK penjajahan jiwa yang terakhir yang dilakukan oleh bangsa-bangsa penjajah kepada negera-negara yang baru mencapai kemerdekannya adalah dengan membangkitkan keinginan hidup mewah. Kerana bila mana bertambah mewah hidup orang, bertambah pudarlah cita-citanya. Yang satu hendak melebihi yang lain dalam kemewahan. Kemewahan dalam membangunkan rumah-rumah, kemewahan dalam menghiasinya, kemewahan dalam memilih kenderaan, kemewahan dalam kehidupan sehari-hari, ditambah lagi dengan berdirinya tempat bersenang-senang bagai cendawan tumbuh di musim hujan .” – Buya Hamka  Hairan saya dengan dasar-dasar yang dikeluarkan kerajaan mutakhir ini. Terkini kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan kelonggaran syarat permohonan program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H). Program yang diasaskan pada tahun 2002 di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah dihentikan sementara pada tahun 2020 sebelum diteruskan dengan pindaan semula pada tahun 2021 di bawah ke...