Posts

Hak pengguna untuk boikot produk sampah (Utusan Malaysia 22 Mac 2024)

Image
“ DENGAN demikian, sudah nyata betapa luas bidang Syariat Islam itu, iaitu bahagian-bahagian yang tidak terpisah antara satu sama lain. Mencakupi seluruh kegiatan hidup untuk mencapai taraf yang lebih baik. Mencegah dan membendung yang membawa mudarat, memberi petunjuk kepada manusia, bagaimana supaya selamat hidupnya seiring dengan bertambah kukuh hubungannya dengan saudaranya sesama manusia .” – Buya Hamka  Sejak 15 November 1999 lagi hak pengguna di dalam negara telah dimaktubkan dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] selari dengan perkembangan ekonomi pasca kegawatan ekonomi serantau pada ketika itu. Bukan saja Akta 599 meletakkan garis panduan yang jelas tentang perlindungan yang harus diberikan kepada pengguna mana-mana barang atau perkhidmatan, tetapi Akta 599 juga menubuhkan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna yang menjadi forum ampuh menyelesaikan sebarang aduan berkaitan hak pengguna.   Di bawah Seksyen 32 Akta 599, setiap pe...

KDN masih berahsia dalam cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan (Utusan Malaysia 15 Mac 2024)

Image
“ KEADILAN amat luas, dan banyak lagi keutamaan lain yang bergantung kepadanya, seperti berbuat baik kepada orang lain, tulus dan ikhlas, membela kemanusiaan, mencintai tanah air, menjaga budi pekerti, dermawan dan menjaga hak persamaan .” –  Buya Hamka.      Sekali lagi kerajaan memberikan komitmen meminda Bab III Perlembagaan Persekutuan bagi manfaat kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warga negara. Bagi memenuhi komitmen ini, kerajaan sebelum ini telah memanggil beberapa pertubuhan sivil (CSO) dalam sesi libat urus dan mengumpul pandangan awam mengenai beberapa pindaan yang dicadangkan.       Walaupun ramai aktivis isu kewarganegaraan memuji komitmen kerajaan menyelesaikan isu hak pewarisan kewarganegaraan yang wajar diberikan sama rata di antara mana-mana ibu atau bapa seorang kanak-kanak, namun masih wujud kegusaran yang nyata. Ini memandangkan dalam setiap sesi libat urus, pihak kementerian yang mengepalai usaha ini masih g...

Harga mahal memelihara kedaulatan negara bangsa (Utusan Malaysia 1 Mac 2024)

Image
“ PEMERINTAHAN saya sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah sama seperti Agong yang lepas iaitu mengikut Perlembagaan, dasar dan peraturan yang ditetapkan. Kedudukan saya di sini adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah Raja-raja untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa terpelihara .” – Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Yang Kelima Belas      Ramai yang terlepas pandang tentang intipati Rang Undang-Undang (RUU) Kekebalan Bidang Kuasa Asing [DR41/2023] yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 29 November tahun lalu oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi). Walhal, penggubalan RUU ini dibuat setelah negara mengharungi detik yang sanga...

Proses UPR menggarap dasar negara (Utusan Malaysia 2 Feb 2024)

Image
PADA 25hb Januari yang lalu, perwakilan negara Malaysia, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, telah membentangkan laporan negara dalam sesi mesyuarat ke-45 proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) untuk Pusingan Keempat.       Selepas pembentangan ringkas oleh ketua perwakilan negara, sidang mesyuarat yang bertempat di Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) telah membuka peluang kepada 130 delegasi negara-negara luar untuk memberikan pelbagai syor kepada Malaysia. Syor yang diberikan adalah terarah kepada penambahbaikan situasi hak asasi manusia di Malaysia selepas mengambil kira takat pematuhan amalan semasa.       Jumlah 130 delegasi negara-negara luar yang hadir untuk memberikan syor dalam proses UPR ini sebenarnya menggambarkan keterbukaan Malaysia dalam memastikan pematuhan hak asasi manusia disemak secara telus oleh negara-negara luar. Imej ini mengisyaratkan bahawa negara...

Mengharapkan Komitmen Baru untuk Jaga Warga Emas (Utusan Malaysia 5 Jan 2024)

Image
‘ Keadilan menimbulkan belas-kasihan dan belas kasihan menimbulkan kebajikan dan pengorbanan .’ – Buya Hamka. Menjelang tahun baru 2024, timbul pelbagai impian dan hasrat yang perlu direalisasikan. Bagi saya, antara yang mustahak dan mendesak sudah tentulah melihat kerangka perundangan dan dasar yang lebih menyeluruh dalam perihal penjagaan kebajikan golongan rentan di dalam negara ini, khususnya warga emas.       Sejak 2019 lagi sudah timbul desas-desus niat kerajaan untuk menggubal suatu akta induk bagi pemeliharaan warga emas dengan tujuan utama melindungi kebajikan warga emas, melindungi hak asasi warga emas, serta mewujudkan sistem sokongan yang kukuh kepada warga emas dan penjaga. Sehingga kini, sudah hampir lima tahun rakyat menunggu, tampuk kepimpinan negara pun sudah bersilih-ganti tetapi komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas masih kelihatan samar.       Meskipun Dasar Warga Tua Kebangsaan telah diperkenalkan ...

Menunggang agama juga mempersenda agama (Utusan Malaysia 8 Disember 2023)

Image
‘ SEBAB itu ajaran Nabi (saw) menyebabkan orang tidak dapat diperhambakan oleh benda, oleh minuman keras, oleh rokok, oleh wanita, oleh harta, oleh takhta. Singkirkan segala berhala, segala pemujaan kepada yang selain Allah. Singkirkan mendewa-dewakan manusia .’ – Buya Hamka. Jika dulu masyarakat disajikan dengan hiburan yang dilihat membazir masa dengan prinsip utama hiburan adalah semata-mata bagi menghiburkan orang ramai. Namun kini hiburan disulam-seli dengan prinsip keagamaan. Hiburan tidak lagi dikecam bahkan diterima sebagai sebahagian daripada matlamat hidup.  Zaman ini di mana masyarakat dahagakan suktikan agama dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh kekalutan, tumbuh mencanak selebriti berimej keagamaan menjadi tokoh sosial. Mereka dijulang sebagai ikon dakwah di kalangan anak muda sehingga ada yang menggelar mereka sebagai pempengaruh keislaman.  Dengan wajah polos suci, mereka menyulam bait-bait bagi memperniagakan kelembutan Islam sebagai seni dagangan. Ada ...

Relevankah Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa? (Utusan Malaysia 3 November 2023)

Image
‘ Dan bahawa orang-orang yang beriman dan bertaqwa bersatu menghadapi siapa saja yang berlaku curang atau aniaya kepada mereka, atau berbuat dosa, atau bermusuhan, atau merosak terhadap orang-orang beriman .’ – Buya Hamka. Sudah hampir sebulan konflik di antara negara haram, Israel dan kumpulan militar Hamas berterusan dengan jumlah kehilangan nyawa hampir mencecah 10,000, menjadikan konflik terkini sebagai konflik yang paling berdarah dalam ketegangan di antara tentera Israel dan rakyat Palestin. Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 27 Oktober yang lalu telah menerima resolusi menyeru gencatan senjata di antara Israel-Palestin dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi. 14 negara yang mengundi untuk menentang genjatan senjata merupakan negara Israel dan sekutu-sekutunya yakni Amerika Syarikat, Fiji, Marshall Islands, Micronesia, Guatemala, Nauru, Papua New Guinea, Paraguay, dan Tonga. Selain seruan gencatan senjata, resolusi sama turut me...