Posts

Hak asasi manusia melalui UPR (Utusan Malaysia 8 November 2018)

KHAMIS ini takat kelangsungan hak asasi manusia (HAM) di Malaysia akan disemak untuk kali ketiga di Majlis Hak Asasi, Pertubuhan Hak Asasi Manusia (PBB). Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) hanya berlaku setiap lima tahun sekali. Maka landasan ini haruslah digunakan sebaiknya untuk memastikan negara dapat menambah baik lagi pemakaian HAM sedia ada. UPR akan dimulakan dengan wakil Majlis Hak Asasi, PBB menjemput ahli delegasi Malaysia yang selalunya diwakili oleh pegawai Kementerian Luar dan beberapa badan kerajaan lain untuk menyampaikan pembentangan Laporan Negara Dalam Semakan (SUR). Selanjutnya persidangan semakan UPR akan membenarkan ahli-ahli delegasi negara luar untuk memberikan ulasan dan pandangan mereka kepada wakil Malaysia tentang isu-isu HAM yang dilihat penting sedang berlaku di Malaysia. Wakil negara Malaysia akan diberikan sedikit ruang untuk menjelaskan sebarang persoalan yang ditanya oleh ahli negara luar atau menyatakan kedudukan Malaysia berkenaan dengan m...

Nasib Pak Pandir dalam Bajet 2019 (Utusan Malaysia 30 Oktober 2018)

Image
“ADIL adalah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.” - Buya HAMKA. Seawal 2 minggu lalu lagi, Perdana Menteri Malaysia telahpun menyuarakan hasrat dan amanat beliau bagi memberikan isyarat nilai yang akan ditumpukan dalam Belanjawan 2019. Melihatkan ekonomi negara yang tidak stabil sejak Pilihan Raya Umum Ke-14, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon rakyat negara ini, yang telah memberikan mandat kepada kerajaan untuk memerintah, agar turut sama merasakan tanggungjawab untuk berbelanja dengan lebih berhemah. ‘Bajet Korban’ yang akan dibentangkan menuntut agar rakyat Malaysia lebih berlapang dada dengan beberapa cukai baru yang akan dikenalkan dalam tahun 2019. Pakar bidang masing-masing sudahpun mula bersuara untuk memastikan peruntukan yang sesuai diberikan untuk penceburan mereka. Ada...

Di mana pergi hak pendidikan di Malaysia? (Utusan Malaysia 8 Oktober 2018)

Image
“IMAN tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.” - Buya Hamka. Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) pada 1995. Berkesinambungan daripada itu, Parlimen Malaysia telah memperkenalkan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]. Artikel 28 dan 29 CRC memperuntukkan hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Namun Malaysia telah merekodkan kekecualian kepada Artikel 28(1)(a) berkaitan dengan kewajipan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan asas secara percuma. Hal ini memberikan kesan langsung kepada kanak-kanak daripada komuniti orang tidak bernegara (OTB) dan komuniti pelarian kerana walaupun sudah wujud langkah-langkah untuk menerima kemasukan mereka ke sekolah kebangsaan, namun mengikut data yang dikeluarkan pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 2,500 orang kanak-kanak OTB yang sedang menunggu untuk didaftarkan ke sekolah. Sedangkan kanak-kanak pela­rian ha...

Saman Konspirasi menentang UMNO (Utusan Malaysia 3 Oktober)

Image
“ALAH mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.” - Peribahasa Melayu. Ini adalah peribahasa yang tepat menggambarkan mana-mana pemungkir janji yang bukan saja tidak segan meninggalkan ikrar mereka, tetapi lebih hebat lagi apabila mereka tanpa malu menentang pula mereka yang diberinya janji itu. Baik dalam perniagaan, hubungan sosial mahupun politik, setiap apa yang dijanjikan hanyalah beralaskan rasa amanah sesama manusia. Hilang amanah, berantakanlah dunia.   Baru-baru ini berlaku insiden ahli tertinggi parti Umno keluar parti beramai-ramai. Dek kerana kedudukan politik Umno yang dilihat bagai sambau di pintu kandang, sebarang berita yang menunjukkan kelemahan parti gayu ini sudah tentu akan memberikan kesan yang amat besar kepada imej dan reputasi Umno. Tidak dinafikan akan ada kerugian sama ada yang boleh dilihat mahupun yang tidak dapat diperikan.  Maka tidak janggal apabila Presiden Umno mengeluarkan kenyataan niat beliau untuk menyaman...

Membudayakan acuan kebangsaan (Utusan Malaysia 17 September 2018)

Image
TAHUN ini genap 55 tahun pembentukan Malaysia. Sekalung penghargaan buat setiap warganegara Malaysia yang menabur bakti dalam memastikan pembentukan negara ini masih berkekalan dengan aman. Pe­nyatuan ini hanya dimungkinkan oleh daya usaha pejuang negara yang memandang kekuatan dalam kesatuan. Kesatuan ini adalah seperti yang diasaskan melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Melalui Artikel 1 MA63, de­ngan jelas memaktubkan: “Koloni Borneo Utara, Sarawak dan Singapura hendaklah bersekutu dengan Negeri-ne­geri Persekutuan sedia ada sebagai negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut instrumen perlembagaan yang dilampirkan kepada perjanjian ini dan selepas itu Persekutuan disebut sebagai ‘Malaysia’.” Pertama kali dengan skema warna UM yang berbeza. Sebagaimana kebiasaan sebarang perjanjian, terma yang termeterai adalah berdasarkan hubungan timbal-balik dan kesepakatan yang menjadi pengikat pihak-pihak yang bersetuju memeterai perjanjian. Maka sebarang apa yang ada dalam ...

#DalamBerita: MACC: We’re not behind decision to withdraw case

PETALING JAYA : The Penang High Court’s decision to acquit Finance Minister Lim Guan Eng and businesswoman Phang Li Koon over the alleged conversion of land status and purchase of a bungalow below market value is a “shocker” to the anti-graft agency. In a brief statement, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said it was not behind the decision to withdraw the case, pointing out that this was made by the Attorney General’s Chambers. “The MACC is very shocked by the decision of the Penang High Court. The MACC would like to state that the decision to withdraw the case was made by the Attorney General’s Chambers (AGC) and not the MACC,” it said. The Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) described Lim’s acquittal as an “extreme surprise”, saying the acquittal raised questions on the independence of government institutions from partisan interests. Its director Cynthia Gabriel said in a statement that the acquittal underscored the need for clarification over the initial cha...

Melestarikan SDG2030 dengan pendidikan (Utusan Malaysia 3 September 2018)

Image
“PENGETAHUAN adalah kuasa. Maklumat membebaskan. Pendidikan adalah premis kemajuan, dalam setiap masyarakat, dalam setiap keluarga.” - Kofi Annan Bagi tujuan melestarikan pembangunan global agar kemajuan yang dicapai bersifat menyeluruh tanpa meninggalkan hak-hak dan kepentingan golongan rentan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mewujudkan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Dalam mukadimah Resolusi 70/1 oleh Sidang Umum PBB bertarikh 25 September 2015, SDG diperkenalkan sebagai agenda tindakan untuk manusia, planet dan kemakmuran global. SDG 2030 adalah kesinambungan daripada Matlamat Pembangunan Milenium (MDG 2015) dan merangkumi isu pembangunan lestari. Antara 17 perkara yang diberikan penekanan adalah pembasmian kemiskinan, penjagaan kesihatan dan ke­sejahteraan, pendidikan berkualiti yang menyeluruh dan saksama, kesaksamaan jantina dalam memperkasakan wanita serta pengurangan ketidaksamaan antara semua rakyat global. Pada September 2015, selep...