Posts

Menjadikan hospital awam pilihan utama rakyat (Utusan Malaysia 22 Nov 2024)

Image
“ DALAM menanamkan keyakinan kepada Keesaan Allah pada jiwa, dia pun menanamkan semangat beramal soleh terhadap sesama manusia, dan dia pun menanamkan rasa takwa dalam setiap tindak tanduk. Jika dia mementingkan kebersihan peribadi, adalah kerana peribadi itu akan hidup di tengah-tengah masyarakat. Jika hak-hak asasi perseorangan dilindungi, hak bangsa-bangsa dan suku bangsa pun dilindungi. Keduanya mesti seimbang .” – Buya Hamka. Pada tahun 2019, mySalam atau Skim Perlindungan Masyarakat, yakni skim insurans bagi golongan B40, diperkenalkan dan saya telah mengulas bagaimana polisi insurans kesihatan sebegini adalah permulaan awal dalam mencairkan keberkesanan hospital awam. Pada hemat saya, dana yang diperuntukkan untuk sistem insurans sosial sebetulnya adalah dana yang harus digunakan untuk memperkasakan lagi sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara. Selepas hampir lima tahun mySalam diperkenalkan, natijah yang mula terserlah adalah kepincangan dalam sistem kesihatan...

Makna Belanjawan 2025 buat wanita (Utusan Malaysia 8 Nov 2024)

Image
“ ISTERI, Muslimat dan Mukminat tidaklah suka menonjolkan diri. Seperti penggunting pita membuka sesuatu bangunan baru sebagai suatu pertunjukan. Akan tetapi mereka mengambil peranan pada saat yang penting dan genting, sebagaimana sikap yang diambil oleh Khadijah r.a. pada zaman Mekah dan Ummu Salamah r.a. pada zaman Madinah itu. Di sinilah dapat difahami perkataan yang terkenal; bahawasanya wanita itu ialah tiang negara. Kalau wanita itu baik, baiklah negara, dan kalau mereka rosak, rosak pulalah negara .” – Buya Hamka. Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri telah mengusulkan Belanjawan Negara bagi tahun 2025 dengan tema ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ yang memfokuskan pemerkasaan rakyat. Saya kira belanjawan ini digarap ketika pucuk pimpinan negara mengambil maklum kerumitan ekonomi global yang penuh ketidak stabilan bagi memastikan rakyat Malaysia tetap mampu berdaya saing tinggi.  Bagi kaum wanita, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian kerana suda...

Kejar cukai marhaen, lepas jerung besar (Utusan Malaysia 18 Okt 2024)

Image
“ UNTUK menjaga martabat iman maka ulama-ulama pun memberi ingat bahawasanya orang yang tidak patut menerima zakat kerana dia ada kemampuan, lalu diterimanya zakat itu, adalah haram hukumnya .” – Buya Hamka. Perkara pelik yang ajaib berlaku bulan lalu. GISB Holdings Sdn Bhd (GISB)  yang mempunyai pemilikan aset bernilai jutaan ringgit di serata negara, malah dunia, didapati tidak pernah membayar zakat kepada kerajaan negeri-negeri tempat mereka beroperasi. Sebagai perniagaan yang kononnya berasaskan ekonomi Muslim, aneh syarikat tidak ada langsung rasa kewajipan untuk sama-sama membangunkan institusi zakat dalam negara bagi dimanfaatkan sesama Muslim.  Lebih sadis lagi apabila diumumkan oleh Ketua Polis Negara bahawa hasil siasatan bersepadu, yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mendapati bahawa GISB juga tidak pernah bayar cukai berkaitan. Bagaimana suatu syarikat dengan jumlah pegangan ekuiti dalam pasaran yang besar mampu terus beroperasi tanpa perlu m...

Nasib anak-anak GISB (Utusan Malaysia 4 Okt 2024)

Image
“ ISLAM datang menghapuskan taksub dan membanggakan persukuan dan kaum sendiri. Islam menyerukan bahawa seluruh manusia sama harganya, yang tinggi hanyalah yang lebih takwa kepada Allah .” – Buya Hamka. Pembongkaran, penyiasatan dan akhirnya pertuduhan terhadap kumpulan, berciri kultus, Global Ikhwan Services and Business Holding mendedahkan sisi gelap yang amat menjijikkan tentang kesan ketaksuban yang menular dalam sesuatu komuniti apabila melibatkan agama. Meskipun pada asalnya yang ditawarkan adalah cara hidup menyeluruh berteraskan prinsip Islam, namun akhirnya setiap prinsip itu dicemari sehingga kini mendatangkan fitnah kepada agama suci ini.  Dalam Maqasid Syariah, ditekankan pemelihara terhadap nasab atau keturunan kerana kesucian keturunan menjaga kemaslahatan umat – bayangkan saja jika agama tidak dipasakkan kepada penjagaan nasab lalu seorang abang dibenarkan mengahwini adik perempuan kandungnya sendiri, atau mak saudara dibenarkan menikahi anak saudara, apa akan jadi d...

Harga Kibaran Jalur Gemilang (Utusan Malaysia 6 Sept 2024)

Image
" ISTANA dan Raja Melayu di rantau ini mempunyai ikatan sejarah yang istimewa dengan dunia persuratan dan penulisan. Dalam tradisi penulisan pada era keagungan kerajaan di Kepulauan Melayu, para pujangga berdamping rapat dengan raja. Pada umumnya istana menjadi fokus pengarang yang mengisahkan Hikayat Pemerintahan Raja-raja dan biasanya dihasilkan atas titah raja ." – DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Tititah Pelancaran buku ‘His Royal Highness Sultan Nazrin Shah: Reflections and Recollections’. Program bersiri #TagupiMembaca akan sekali lagi ke Lahad Datu, Sabah pada 9hb – 13hb September ini. Tanpa sedar sudah masuk siri kelima pun. Hasrat utama delegasi kami hanya satu: mendirikan bangsa yang berilmu melalui tabiat membaca. Kami yakin, dengan suntikan intelektualisme kepada mereka di sana, masa depan negara akan lebih harmoni. Ini kerana keakraban mereka dengan dunia persuratan dan penulisan sebetulnya mengisyaratkan budaya rapatnya rakyat dan raja di negara ini.  Se...

Mengkaji mengapa jenayah berat berleluasa (Utusan Malaysia 23 Ogos 2024)

Image
“ KEMERDEKAAN manusia menurut ajaran Islam, dihimpunkan ke dalam kekuasaan Tuhan. Oleh sebab itu, maka merdeka dengan tidak ada himpunan, merdeka menempuh langkah sendiri-sendiri saja tidak memperdulikan orang lain, tidaklah ada. Bertambah lanjut fikiran manusia, bertambah terikatlah dirinya oleh akal budinya. Kalau dikaji sampai ke sana, tidaklah ada yang merdeka dalam alam ini. Isi alam mesti tunduk kepada peraturan. Barang siapa yang melanggar aturan, binasalah! ” – Buya Hamka   Dalam mewacanakan lambakan kes-kes jenayah berat mutakhir ini, ramai netizen yang enggan melihat hubung kait di antara jenayah yang berleluasa dan masyarakat. Malah ada yang berkata bahawa setiap satu kes adalah terpencil dan terasing daripada satu dengan yang lain.  Namun dalam bidang kriminologi, yang mengkaji bagaimana masyarakat berinteraksi dengan jenayah, setiap satu jenayah yang berlaku dalam masyarakat boleh dikaitkan secara terus dengan struktur masyarakat di mana jenayah itu berlaku. Jenay...

Wajarkah diadakan tempoh bertenang sebelum penceraian? (Utusan 17 Ogos 2024)

Image
“ Qauwwamuna bererti memimpin supaya tegak. Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh! Atau menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam. Mengajar kalau ilmunya masih kurang. Memujuk kalau dia dalam kesedihan. Di samping itu mencukupkan apa keperluannya, kainnya, bajunya, perhiasannya, yang sepanjang tubuh, sepanjang bayang-bayang. Itulah tugas lelaki membela perempuan. Ertinya mengikut kekuatan dan kemampuan si lelaki. ” – Buya Hamka  Minggu ini beberapa akhbar Malaysia melaporkan berita mengenai Kementerian Hal Ehwal Sivil China kononnya telah mengumumkan hasrat penggubalan pindaan kepada undang-undang sedia ada di negara itu bagi mempermudahkan urusan pendaftaran perkahwinan dalam masa yang sama menyulitkan proses penceraian. Sebetulnya cadangan ini memperhalusi peraturan yang sudahpun berkuatkuasa sejak Januari 2021, dan kini diperkemaskan lagi untuk memastikan ia dapat mencapai sasaran dalam memelihara kepentingan ...