Posts

Adib: Mansuh hukuman mati? (Utusan Malaysia 20 Disember 2018)

Image
“KALAU ahli perundangan tak berasa tersinggung kerana pelanggaran undang-undang, sebaiknya dia jadi tukang sapu jalanan.” - Pramoedya Ananta Toer Setelah berjuang nyawa hampir sebulan, akhirnya Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, menghembuskan nafas akhir beliau untuk kembali mendakap Sang Pencipta. Segala macam spekulasi tentang reaksi masyarakat timbul yang menyemarakkan lagi api perkauman. Rata-rata masyarakat melihat pemergian perwira negara ini berpunca daripada kegagalan kerajaan untuk membendung isu ini dengan baik, tambahan lagi apabila ada pula ahli politik yang bengap dengan penuh angkuh memainkan sentimen perkauman. Masyarakat tegas mendesak agar hukuman setimpal diberikan kepada mereka yang telah membunuh seorang ahli bomba dan penyelamat, yang hanya berada dalam kawasan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman untuk menjalankan amanah yang terletak di pundaknya. Keadilan dunia menuntut segala kesalahan haruslah diadili mengikut sistem perundangan yang ada. Tapi bagaimana...

Hak asasi yang diraikan (Utusan Malaysia 11 Disember 2018)

Image
“SAYA melindungi hak asasi manusia, dan saya berharap saya sentiasa dilihat sebagai juara hak asasi manusia.” - Aung San Suu Kyi Tahun 2018 melihatkan bagaimana seorang pemimpin Myanmar, yang dulunya diangkat sebagai mata arah yang berdenyar memperjuangkan hak asasi manusia, kini dibogelkan daripada pelbagai anugerah khusus yang diterimanya dulu. Kegagalan Suu Kyi untuk bangkit mengembalikan hak asasi etnik Rohingya menunjukkan bagaimana seorang pejuang yang dijunjung tinggi juga bisa mengkhianati amanah yang berat di pundak. Apakah sebagai seorang pejuang, dia boleh mendabik dada, mengatakan bahawa dia meletakkan hak asasi manusia sebagai tanda aras utama dalam prinsip seharian sedangkan pada masa sama dia tidak segan untuk terus menindas golongan yang tidak dia senangi? Bukankah sebagai pejuang hak asasi manusia, segala apa yang dikerjakan adalah berdasarkan prinsip kehormatan dan rasa kasih kepada kemanusiaan? Di tanah air kita juga perkara ini kerap berlaku. Rama...

Harga kedaulatan selatan sempadan (Utusan Malaysia 7 Disember 2018)

Image
“NEGARA Malaysia telah 61 tahun merdeka dan ketika negara mencapai kemerdekaan, yang dilahirkan ketika itu ialah sebuah negara baharu iaitu negara merdeka yang mempunyai kedaulatan ke atas warga dan wilayah yang ditetapkan...” - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Semasa sesebuah negara terbentuk, dengan meraih kemerdekaan melalui perjuangan yang pelbagai, negara itu juga dengan sendirinya membentuk kedaulatan ke atas keseluruhan jajahan dan takluk milik negara itu. Kedaulatan ke atas sempadan negara adalah meliputi bukan hanya tanah tetapi juga udara dan laut. Di bawah Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS), Artikel 2 menyebut bahawa ‘kedaulatan sebuah negara pesisiran merangkumi, melampaui kawasan daratan dan perairan dalamannya dan dalam hal sebuah negara kepulauan, perairan kepulauan ke pinggir laut bersebelahan yang digambar sebagai wilayah laut.’ Di bawah Artikel 14 - 16 UNCLOS, konvensyen ini juga menyatakan cara menentukan wilayah...

Semberono khianati Perlembagaan? (Utusan Malaysia 3 Disember 2018)

Image
“JANGAN pernah me­robohkan pagar tanpa mengetahui mengapa didirikan. Jangan pernah mengabaikan tuntunan kebaikan tanpa mengetahui keburukan yang kemudian anda dapat.” - Buya HAMKA. Semasa pusingan ketiga Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia berjalan, negara kita menerima banyak syor untuk menambah baik takat pemakaian hak beragama termasuklah dengan memberikan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama secara bebas. Antara negara yang menyebut tentang isu ini adalah Amerika Syarikat yang turut menyuarakan kebimbangan berkenaan dengan sikap tidak bertoleransi Malaysia dalam hal kepelbagaian agama. Benarkah Malaysia negara yang tidak bertoleransi dalam beragama? Ramai yang mempermainkan isu perebutan milikan tanah Kuil Sri Maha Mariamman sebagai isu perkauman sehingga melibatkan agama. Lebih keruh lagi apabila ada politikus yang dengan bebal memainkan isu ini bagi memperkukuhkan agenda masing-masing. Entah bagaimana nama ‘Muslim’, ‘Konvens...

Hak asasi manusia melalui UPR (Utusan Malaysia 8 November 2018)

KHAMIS ini takat kelangsungan hak asasi manusia (HAM) di Malaysia akan disemak untuk kali ketiga di Majlis Hak Asasi, Pertubuhan Hak Asasi Manusia (PBB). Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) hanya berlaku setiap lima tahun sekali. Maka landasan ini haruslah digunakan sebaiknya untuk memastikan negara dapat menambah baik lagi pemakaian HAM sedia ada. UPR akan dimulakan dengan wakil Majlis Hak Asasi, PBB menjemput ahli delegasi Malaysia yang selalunya diwakili oleh pegawai Kementerian Luar dan beberapa badan kerajaan lain untuk menyampaikan pembentangan Laporan Negara Dalam Semakan (SUR). Selanjutnya persidangan semakan UPR akan membenarkan ahli-ahli delegasi negara luar untuk memberikan ulasan dan pandangan mereka kepada wakil Malaysia tentang isu-isu HAM yang dilihat penting sedang berlaku di Malaysia. Wakil negara Malaysia akan diberikan sedikit ruang untuk menjelaskan sebarang persoalan yang ditanya oleh ahli negara luar atau menyatakan kedudukan Malaysia berkenaan dengan m...

Nasib Pak Pandir dalam Bajet 2019 (Utusan Malaysia 30 Oktober 2018)

Image
“ADIL adalah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.” - Buya HAMKA. Seawal 2 minggu lalu lagi, Perdana Menteri Malaysia telahpun menyuarakan hasrat dan amanat beliau bagi memberikan isyarat nilai yang akan ditumpukan dalam Belanjawan 2019. Melihatkan ekonomi negara yang tidak stabil sejak Pilihan Raya Umum Ke-14, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon rakyat negara ini, yang telah memberikan mandat kepada kerajaan untuk memerintah, agar turut sama merasakan tanggungjawab untuk berbelanja dengan lebih berhemah. ‘Bajet Korban’ yang akan dibentangkan menuntut agar rakyat Malaysia lebih berlapang dada dengan beberapa cukai baru yang akan dikenalkan dalam tahun 2019. Pakar bidang masing-masing sudahpun mula bersuara untuk memastikan peruntukan yang sesuai diberikan untuk penceburan mereka. Ada...

Di mana pergi hak pendidikan di Malaysia? (Utusan Malaysia 8 Oktober 2018)

Image
“IMAN tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.” - Buya Hamka. Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) pada 1995. Berkesinambungan daripada itu, Parlimen Malaysia telah memperkenalkan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]. Artikel 28 dan 29 CRC memperuntukkan hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Namun Malaysia telah merekodkan kekecualian kepada Artikel 28(1)(a) berkaitan dengan kewajipan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan asas secara percuma. Hal ini memberikan kesan langsung kepada kanak-kanak daripada komuniti orang tidak bernegara (OTB) dan komuniti pelarian kerana walaupun sudah wujud langkah-langkah untuk menerima kemasukan mereka ke sekolah kebangsaan, namun mengikut data yang dikeluarkan pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 2,500 orang kanak-kanak OTB yang sedang menunggu untuk didaftarkan ke sekolah. Sedangkan kanak-kanak pela­rian ha...