Mengkaji mengapa jenayah berat berleluasa (Utusan Malaysia 23 Ogos 2024)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZ_-H_u80_4TQRcKof7aTdvRQwnEWL-fXzrMH0uGLYLt8DGxYlDDrHAMPGlev9VzHmdAt9l12MLWKFnyXD1f3GPATY0TMpKPaj4APa3V51a2bBEWkzYtoJuHrcUV1DFaxqfgxk4FUiWCM2y0GGcvlTea71P76SwcpPm6lrwxFusY0txsGOEz1CoeDjEQd-/w482-h640/20240823.jpg)
“ KEMERDEKAAN manusia menurut ajaran Islam, dihimpunkan ke dalam kekuasaan Tuhan. Oleh sebab itu, maka merdeka dengan tidak ada himpunan, merdeka menempuh langkah sendiri-sendiri saja tidak memperdulikan orang lain, tidaklah ada. Bertambah lanjut fikiran manusia, bertambah terikatlah dirinya oleh akal budinya. Kalau dikaji sampai ke sana, tidaklah ada yang merdeka dalam alam ini. Isi alam mesti tunduk kepada peraturan. Barang siapa yang melanggar aturan, binasalah! ” – Buya Hamka Dalam mewacanakan lambakan kes-kes jenayah berat mutakhir ini, ramai netizen yang enggan melihat hubung kait di antara jenayah yang berleluasa dan masyarakat. Malah ada yang berkata bahawa setiap satu kes adalah terpencil dan terasing daripada satu dengan yang lain. Namun dalam bidang kriminologi, yang mengkaji bagaimana masyarakat berinteraksi dengan jenayah, setiap satu jenayah yang berlaku dalam masyarakat boleh dikaitkan secara terus dengan struktur masyarakat di mana jenayah itu berlaku. Jenay...