Posts

Showing posts from July, 2024

Sekolah jadi kilang kapitalis kaparat (Utusan Malaysia 26 Jul 2024)

Image
“ REVOLUSI Perancis adalah pintu zaman buat kemerdekaan diri (liberalisme) dan penutup pintu bagi perhambaan diri kekuasaan besar (universalisme). Yang panjang fikirannya, hiduplah dengan hasil fikiran. Yang cerdik berusaha, mendapatlah kekayaan. Raja tidak berpengaruh lagi, Pendeta tidak berkuasa lagi. Ilmu pengetahuan tidak terhambat lagi. Ketinggian ilmu pengetahuan dan pendapat baru, menjadi mata penghasilan hidup. Orang sudah jemu dengan tradisi lama. Jemu denan kekayaan yang dijanjikan pendeta dalam ‘Kerajaan Langit’. Diputar otak, dapatlah mesin. Diputar lagi mesin diperbaiki. Penghasilan mengagumkan, kekayaan tumpah-ruah .” – Buya Hamka  Bila sistem pendidikan dimanipulasi sebagai kilang buat melahirkan graduan yang bakal diperhambakan dalam sistem kapitalis kaparat, harga kehormatan nyawa manusia tidak dianggap kepentingan utama. Sebaliknya, manusia dinilai daripada keupayaannya dihambakan secara berterusan dalam sistem kapitalis yang sering disembunyikan nama-nama berpres...

Bila polis jadi perompak (Utusan Malaysian 19 Jul 2024)

Image
  “ Yang menjadi sebab timbulnya dosa dan kesalahan, menurut penyelidikan ahli-ahli ilmuwan budi bangsa Barat adalah lantaran sempitnya lapangan tempat manusia tegak di dalam hidupnya. Orang yang sempit lapangan hidupnya, sehingga tidak kelihatan olehnya orang lain, melainkan hanya dirinya sendiri saja, tabiatnya yang dinamakan egoistis, itulah orang yang sedekat-dekatnya kepada berbuat jahat. Sebab segala kejahatan yang dilakukannya dirasakannya hanya faedah untuk dirinya saja .” – Buya Hamka  Bagi penggemar filem berbahasa Tamil, sudah tentu siaran filem Maharaja di saluran Netflix dinantikan. Saya amati jika penggemar filem ingin disajikan dengan penceritaan yang teratur, menyentuh isu sosial secara kritikal tanpa memperbodohkan penonton, filem keluaran Kollywood lebih banyak pilihan. Skrip yang kemas dengan bait yang tidak terlalu ‘menyekolahkan’ penonton membuatkan topik sosial yang sarat dilihat tenang dikupas di kaca televisyen.   Yang menariknya kali ini, dal...

Menyusukan kera di hutan biarpun anak di rumah kebuluran! (Utusan Malaysia 12 Jul 2024)

Image
“ TAKTIK penjajahan jiwa yang terakhir yang dilakukan oleh bangsa-bangsa penjajah kepada negera-negara yang baru mencapai kemerdekannya adalah dengan membangkitkan keinginan hidup mewah. Kerana bila mana bertambah mewah hidup orang, bertambah pudarlah cita-citanya. Yang satu hendak melebihi yang lain dalam kemewahan. Kemewahan dalam membangunkan rumah-rumah, kemewahan dalam menghiasinya, kemewahan dalam memilih kenderaan, kemewahan dalam kehidupan sehari-hari, ditambah lagi dengan berdirinya tempat bersenang-senang bagai cendawan tumbuh di musim hujan .” – Buya Hamka  Hairan saya dengan dasar-dasar yang dikeluarkan kerajaan mutakhir ini. Terkini kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan kelonggaran syarat permohonan program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H). Program yang diasaskan pada tahun 2002 di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah dihentikan sementara pada tahun 2020 sebelum diteruskan dengan pindaan semula pada tahun 2021 di bawah ke...

Rosak kaum lelaki, rosaklah masyarakat (Utusan Malaysia 5 Jul 2024)

Image
“ SETIAP peribadi Muslim di bahagian bumi yang mana pun mereka berdiam (berada) tidak memandang bangsa dan tidak memandang negara, adalah mempunyai tanggungjawab di hadapan Allah dan di hadapan hati sanubarinya sendiri, bahkan di depan umatnya generasi demi generasi. Mereka bertanggungjawab di zaman segala pahit, sebagai (seperti) sekarang ini .” – Buya Hamka  Dalam mewacanakan hal tanggungjawab, Buya Hamka menceritakan perkaitan di antara tuntutan batin manusia tentang dosa serta pahala dan keperluan memelihara amanah agar kelangsungan masyarakat berterusan. Baginya setiap manusia itu mempunyai tuntutan batin untuk menghindari keburukan kerana setiap yang buruk itu bukan hanya berdosa tetapi juga menjahanamkan hidup manusia di masa depan.  Malangnya prinsip semudah ini tidak lagi dianggap berat mahupun penting di mata masyarakat sekarang ini, sehingga ramai yang tidak lagi merasa segan dengan tuntutan batin untuk menghindari kemudaratan atas alasan gelap mata melihatkan gemer...