Posts

Gula-Gula untuk Urang Sabah (Utusan Malaysia 14 Oktober 2022)

Image
‘ ABU HURAIRAH meriwayatkan Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang memerintah sepuluh orang akan dibawa pada hari kiamat dengan belenggu sehingga keadilan melepaskan belenggunya atau kezaliman membawanya kepada kebinasaan .” - Mishkat al-Masabih 3697 Dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, suka saya mengingatkan pemimpin politik negara untuk menghayati amanah berat di pundak masing-masing yang mampu menyeret mereka ke arah kebinasaan. Politik bukanlah  permainan yang boleh diperkotak-katikkan tanpa memikirkan masa depan negara dan rakyat khususnya apabila dunia telah menyajikan teladan tentang kegagalan pemimpin terdahulu yang mampu menjahanamkan keseluruhan sejarah dan peradaban sesebuah negara.  Ambillah teladan dalam krisis ekonomi dan politik yang melanda Sri Lanka serta lihat bagaimana rakyat negara itu bangkit menentang kebejatan Presiden Gotabaya Rajapaksa yang dilihat gagal memulihkan kemelesetan ekonomi negara. Kebangkitan amarah rakyat bukanlah sesuatu y...

Masyarakat cakna kehormatan (Utusan Malaysia 24 Ogos 2022)

Image
“ Diriwayatkan daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Tidak ada kebijaksanaan lebih baik daripada renungan, dan tidak ada kehormatan lebih baik daripada akhlak yang mulia’ .” – Sunan Ibn Majah 4218. Martabat yang diberikan kepada akhlak mulia dalam kehidupan seharian menggambarkan kehormatan seseorang itu. Bahkan, kehormatan bukan saja diberikan kepada ahli masyarakat tetapi lebih utama, kehormatan yang dipelihara dalam diri sendiri. Tanpa kehormatan, manusia akan hidup tidak lebih baik daripada haiwan yang masih bergelumang dengan naluri semula jadi tanpa mengendahkan peradaban dan ketamadunan.  Tidak pelik mengapa pemeliharaan kehormatan adalah asas kepada hak asasi seperti yang diterapkan dalam banyak konvensyen hak asasi manusia di peringkat serantau dan antarabangsa. Sebagai misalan, dalam Artikel 1 Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam (CDHRI) yang menyatakan “Setiap manusia membentuk satu keluarga yang anggotanya disatukan oleh penyerahan mereka k...

Manusia rosak hati dan akal di alam maya (Utusan Malaysia 12 Ogos 2022)

Image
“ Cinta itu ialah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia; ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah daripada embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji .” – Buya HAMKA. Sekali lagi negara kehilangan sumber manusia yang memilih untuk mengakhiri nyawanya sendiri kerana tidak tahan dengan penindasan emosi akibat dibuli secara maya. Isu ini pernah meletup pada tahun 2020 apabila seorang belia wanita membunuh diri selepas menerima kecaman akibat memuat naik video di laman TikTok yang menampilkan rakan sekerjanya yang berbangsa asing.  Meskipun tindakan membuli secara maya telahpun dijadikan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimed...

Penceraian yang menjaga kehormatan (Utusan Malaysia 11 Julai 2022)

Image
“ SIAPA yang menabur kebajikan, dapat menuai kehormatan .” - Leonardo da Vinci.               Sering kali apabilia berlaku penceraian, kes akan menjadi rumit dengan emosi dan ego kedua-dua belah pihak menjadi pemandu utama penentu hala tuju perpisahan itu. Kisah silam yang panjang diungkit dan diadu domba untuk tontonan masyarakat sekeliling bagi meraih simpati dan sokongan. Tiada pihak yang ingin mengaku perkahwinan yang didirikan untuk kekal selama-lamanya sehingga hujung nyawa dan sampai jasad menjadi debu, terkandas di tengah jalan atas kesalahan diri sendiri.             Kerap berkumandang saban hari di mahkamah keluarga yang mendengari permohonan penceraian, banyak pasangan-pasangan memberikan pelbagai jenis alasan untuk menidakkan kesalahan dan kealpaan diri mereka sendiri sehingga penceraian menjadi jalan pengakhir perkahwinan mereka. Tiada siapa yang mahu men...

#DalamBerita: Ibu Didakwa Buat Hantaran Gambar Lucah

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2022 – Seorang ibu berumur 25 tahun yang berdepan dakwaan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter telah didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, Amira Nur Afiqah Agus Salim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran dengan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter ‘@amiranafqh tahun lepas. Wanita yang merupakan ibu kepada seorang anak tersebut selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Norhasniah Abdul Razak di Mahkamah Seksyen di Kuala Lumpur. Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Nur Nazhzilah Mohamad Hashim mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin...

#DalamBerita: Gangguan Seksual Peguam Wanita: Suspek Lupa Malaysia Ada Undang-Undang – Fatihah Jamhari

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2022 – “Pada 19 September 2020 saya telah diganggu secara seksual apabila saya menerima hantaran yang jelik, lucah dan sumbang daripada seorang wanita yang telah tanpa rasa segan mahupun bersalah menghantar gambar pelbagai kemaluan wanita kepada saya secara terbuka di Twitter,” ujar peguam, Fatihah Jamhari. Menurutnya, mungkin suspek dan orang ramai lupa bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang jelas terhadap Gangguan Seksual di bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta pelbagai lagi Akta Parlimen yang masih berkuatkuasa. “Saya telah menasihati ramai orang berulang kali untuk menggunakan peruntukan yang terdapat dalam kerangka perundangan sedia ada untuk memerangi Gangguan Seksual dan pada 20 September 2020 yang lalu, malangnya saya sendiri terpaksa memanfaatkan peruntukan-peruntukan ini bagi memelihara kehormatan diri saya dan kesantunan masyarakat di sekeliling saya,” tegasnya. Beliau yang juga Setiausaha Kehormat, Gabungan Pertubuhan...

#DalamBerita: Pertuduhan Kes Gangguan Seksual Peguam Wanita Dibaca Esok

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Satu laporan polis telah dibuat oleh Fatihah Jamhari, seorang peguam ke atas beberapa orang pengguna Twitter atas dakwaan melakukan gangguan seksual. Gangguan seksual itu berkaitan dengan isu ilustrasi grafik satu jenama tuala wanita yang pernah menjadi kontroversi di kalangan pengguna media sosial pada tahun lalu. Isu itu bermula apabila Fatihah Jamhari membalas satu ciapan yang disifatkan sebagai mempertahankan ilustrasi jenama tuala wanita tersebut. Namun, jawapannya telah menimbulkan perang komen di laman Twitter ciapan tersebut sehinggalah salah seorang pengguna Twitter bertindak melampirkan sekali gambar kemaluan wanita. Samudera.my dimaklumkan bahawa pertuduhan kes ini akan dibaca esok di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Puan Nor Hasniah Ab Razak. * Disiarkan dalam Samudera.my .