Posts

#DalamBerita: Penjawat awam rasuah wajar dihukum mati - Peguam

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meminda undang-undang sedia ada bagi membolehkan hukuman mati dikenakan terhadap pelaku rasuah dalam kalangan penjawat awam. Pengamal undang-undang, Fatihah Jamhari berkata, hukuman tegas sedemikian adalah amat wajar memandangkan perbuatan mereka itu dianggap sebagai pengkhianat negara. Menurutnya, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah berkhidmat kepada rakyat dan negara, sepatutnya mereka menegakkan kedaulatan undang-undang, bukannya memandang ringan. “Rakyat lelah memikirkan gelaran yang wajar diberikan kepada pegawai-pegawai yang digajikan kerajaan, dengan hasil kutipan cukai daripada rakyat, tetapi mungkar kepada amanah dalam berkhidmat untuk masyarakat.  “Jika dikatakan hukuman yang diperuntukkan undang-undang masa kini tidak mencukupi, maka disarankan Malaysia mengambil langkah lebih tegas mencontohi beberapa negara dengan meminda undang-undang mengenai rasuah agar pesalah boleh dihukum dengan hukuman mati,” katanya. Bel...

Hukuman Mati untuk Rasuah (Utusan Malaysia 25 Disember 2020)

Image
“APABILA kuasa dianggap peluang untuk memenuhi kepentingan diri dan bukan amanah untuk mengimarahkan bumi Allah, maka rosaklah tata urus pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Antara perihal yang dibangkitkan dalam Belanjawan 2021 tempoh hari adalah usaha kerajaan untuk memastikan keberkesanan Pelan Antirasuah Nasional (NACP). NACP diniatkan sebagai dokumen utama yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah merangkumi isu tadbir urus, integriti dan antirasuah menerusi suatu kerangka bersepadu.  Ahli-ahli parlimen turut memperbahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan sama menekankan kepentingan pengurusan kewangan negara yang baik bagi membenteras pembaziran, ketirisan, salah urus dan rasuah. Ada ahli parlimen yang membangkitkan insiden rasuah yang tidak terbendung dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga memungkinkan lebih berjuta-juta pend...

#DalamBerita: Rakyat tak faham atau penguat kuasa ambil kesempatan?

JIKA anda berjalan bersendirian dari tempat kerja ke stesen LRT, adakah perlu memakai pelitup muka? Bagaimana pula jika anda berada di tempat awam tetapi bersendirian? Ramai masih keliru bukan? Termasuk kes tular baru-baru ini berhubung dakwaan seorang individu disaman kerana tidak memakai pelitup muka ketika membaca akhbar di taman awam di depan rumahnya di Klang, Selangor. Menjelaskan dakwaan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu itu tidak sepatutnya dikompaun kerana arahan kerajaan sudah jelas. Pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di tempat awam yang sesak. Jika kita bersendirian atau ada penjarakan fizikal walaupun di tempat awam, terdapat kelonggaran untuk tidak memakai pelitup muka. Ini termasuk ketika berada di kedai makan untuk makan. Dalam hal ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah orang ramai yang tidak faham atau anggota penguat kuasa yang mengambil kesempatan? Membangkitkan hal itu, penganalisis undang-u...

Islamofobia: Bila Menteri Nak Ambil Tindakan? (Utusan Malaysia 4 Disember 2020)

Image
“BERANAK kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang.” – Peribahasa Melayu. Isu Islamofobia semakin rawak dan makin ramai juga orang Islam yang terasa tempias kebencian ini dek kerana prejudis, diskriminasi dan prasangka yang jelas kelihatan setiap kali ada yang mengungkapkan ujaran kebencian terhadap Islam serta semua yang terpaut dengan agama suci ini. Anehnya di Malaysia juga Islamofobia tetap dirasai sedangkan demografi negara ini majoriti adalah Muslim. Sungguh jelik Islam di pandangan mata mereka yang tidak hormat dengan adab hidup bermasyarakat.    Pada 3 November lalu, Kamar Khas Dewan Rakyat telah memperbahaskan usul Bantahan Keras terhadap Kenyataan Berunsur Islamofobia oleh Presiden Perancis yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena. Perbahasan ini turut dihadiri Timbalan Menteri Luar Negeri dan telah memakan masa hampir sejam bagi memberi ruang kepada ahli-ahli parlimen untuk menyatakan pendirian mereka mengenai isu ini.  Namun dalam ...

Memperingatkan Amanah Ahli Parlimen (Utusan Malaysia 6 November 2020)

Image
“CITA-CITA politik tentu wajar saja, selama pandai menginsyafi batasan etika.” – Najwa Shihab  Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas sedang berlangsung; khususnya untuk Dewan Rakyat bermula 2 November sehingga 15 Disember 2020. Sudah tentu, rakyat yang cakna dan cintakan sistem demokrasi berparlimen di negara kita akan setia di hadapan set televisyen masing-masing menyaksikan sendiri proses keramat ini.  Melihatkan bagaimana persidangan pada 2 November bermula dengan dramatik apabila isu keselamatan dan kesihatan negara berterusan dipolemik dan dipolitikkan dalam Dewan Rakyat, Penulis pasti, yakin dan percaya ribut politik tidak akan pulih dalam masa terdekat. Hal ini jelas apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) mengusulkan agar masa persidangan dipendekkan, timbul bantahan lantang ahli-ahli parlimen yang lain dengan angkuh melontarkan sanggahan mereka termasuklah ada yang memperlekehkan kebolehjangkitan virus COVID19 itu sendi...

Tiada Etika dan Moral dalam Undang-Undang (Utusan Malaysia 10 Oktober 2020)

Image
“DALAM kehidupan beradab, undang-undang mengapung di lautan etika.”- Earl Warren Sebagai pelajar yang masih mendalami bidang perundangan, Penulis melihat terlalu banyak polemik berkenaan keperluan wujudnya elemen etika atau moraliti dalam perundangan. Etika adalah akhlak yang wujud dalam diri setiap manusia berdasarkan pemikiran masing-masing. Moraliti pula adalah tanggapan akhlak berteraskan didikan sekeliling. Etika dan moraliti kerap meletakkan keadilan atau kesaksamaan sebagai garis ukur keesahan. Sedangkan undang-undang adalah peraturan formal yang dimaktubkan selepas melalui proses yang sah.  Di Malaysia, proses yang sah untuk menggubal undang-undang adalah dengan melalui perbahasan oleh ahli-ahli politik di Dewan Rakyat, wakil-wakil negara dalam Dewan Negara dan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Jujurnya, perbincangan hubung-kait etika, moraliti dan undang-undang adalah lompong dan langsung tiada erti, meskipun dibahaskan berdegar-degar...

Menyamar untuk Cinta? (Utusan Malaysia 4 September 2020)

Image
'JIKA kita sudah hilang rasa cinta dan rasa hormat kepada sesama kita, pada saat itulah kita pada sebetulnya telahpun mati.’ - Maya Angelou.  Betapakah besar nilai hormat sebetulnya? Sehinggakan begitu sukar masyarakat zaman ini untuk saling hormat sesama manusia. Ada yang menghina hormat dengan menyerang keperibadian seseorang lain secara terus, tapi dek kerana ramai yang bacul sekarang ini, ada juga yang mengambil langkah lebih halus dengan mencemar hormat secara sembunyi. Tidaklah penghinaan terhadap rasa hormat ini dapat dimaafkan hanya dengan mengatakan semuanya dilakukan demi cinta.  Kebelakangan ini semakin banyak penularan mengenai kes-kes gangguan seksual di atas talian. Insiden ini berlaku kerana rangkaian internet telah memberikan ruang yang besar untuk menyorok identiti sebenar di sebalik pengguna. Bagi memperhalusi peruntukan undang-undang sedia ada, Penulis berharap dalam komitmen Kerajaan untuk menggubal Akta Gangguan Seksual, akan turut dimasukkan peruntukan ya...