Posts

Fitnah aktivis hak asasi manusia (Utusan Malaysia 23 April 2019)

Image
“BERAPA pun cepatnya kebohongan itu, namun kebenaran akan mengejarnya juga.” - Tan Malaka. Walaupun mesyuarat untuk Semakan Berkala Sejagat (UPR) sudah tamat dan negara sudahpun memberikan maklum balas syor mana yang akan diberikan komitmen negara, namun sketsa drama masih bersambung. Amat menyedihkan apabila landasan yang diwujudkan untuk menyemarakkan perjuangan meraih kebebasan dan hak asasi manusia (HAM) disalahgunakan untuk memfitnah negara. Terbaharu apabila seorang aktivis HAM mendengking marahkan tindakan Polis DiRaja Malaysia memanggilnya untuk memberi keterangan dalam siasatan ke atas perucapannya di dalam mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 14 Mac yang lalu. Antara perkara yang disiasat adalah fitnahnya ke atas Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang diselar sebagai program kerajaan yang membiayai keganasan ke atas golongan LGBT. Fitnah besar ini bukan saja memburukka...

‘Dalang’ jenayah kebencian (Utusan Malaysia 26 Mac 2019)

Image
“Kebencian membunuh, (sedangkan) cinta tidak pernah mati, itulah yang membezakan antara keduanya. Apa yang diperoleh cinta, akan selalu abadi. Apa yang diperoleh benci, akan menjadi beban hidup kerana kebencian akan melahirkan lebih banyak kebencian baru.” - Mahatma Gandhi. Dalam pada dunia masih gamat lewat kejadian pembunuhan beramai-ramai di Christchurch, ramai pula politikus di Malaysia menjadikan tragedi ini sebagai modal dengkul politik. Di Christchurch, tragedi ini akhirnya menjadi titik penyatuan yang menguatkan lagi sikap toleransi dan kasih sayang di antara penduduk yang berlainan kaum dan agama di New Zealand. Sebaliknya di Malaysia, amat pelik apabila tragedi ini dimuslihatkan untuk menyemarakkan perpecahan kaum. Tidak hairan ada politikus bukan Melayu-Islam yang dek kerana ketakutan dan kebencian mendalam mereka kepada kesatuan orang Melayu-Islam, mereka terpekik lolong mengatakan kaum majoriti di Malaysia adalah bakal pengganas yang akan merosakkan nega...

Maruah agama tanpa rasa hormat (Utusan Malaysia 7 Mac 2019)

Image
“AGAMA diajarkan kepada manusia agar ia memiliki pengetahuan dan kesanggupan untuk menata hidup, menata diri dan alam, menata sejarah, kebudayaan, dan politik.” - Cak Nun. Agama menjadi isu sensitif bukan kerana rasa hormat yang tinggi kepada ajaran agama itu sendiri tetapi lebih kerana tanggapan penganut agama menjadi terlalu beremosi dalam memelihara agama masing-masing. Sedangkan setiap agama yang wujud adalah bagi memelihara rasa kehormatan dalam kehidupan dan garis panduan untuk mengatur kelangsungan kehidupan dengan kehormatan. Sebetulnya agama hanya menjadi isu sensitif apabila ramai yang tidak segan dan hilang hormat dalam menata kehidupan bermasyarakat. Apabila berlaku insiden penghinaan ke atas Rasulullah oleh Wai Foo Sing, timbul kembali wacana menghentikan insiden ini daripada terus berlaku. Pelik, bagaimana insiden ini bukanlah kali pertama penghinaan ke atas agama dan tokoh Islam berlaku di Malaysia - negara yang mengangkat agama Islam sebagai a...

Hiburan yang menjahanamkan generasi muda (Utusan Malaysia 19 Februari 2019)

Image
“DI banyak negara saat ini, norma-norma moral dan etika sedang dipertimbangkan kembali; tradisi nasional, perbezaan bangsa dan budaya sedang dihapuskan.” - Vladimir Putin. Lewat 2013, nama Putin melonjak naik dalam media saat beliau menghentam gerakan global yang mengetengahkan idea kesamarataan berdasarkan buram liberalisme termasuklah gerakan untuk menormalkan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ketika dunia Eropah terkinja-kinja memperhebat ‘propaganda gay’ menuntut lebih banyak lagi hak-hak asasi golongan LGBT, Putin dengan berani dan lantang mengecam gerakan ini. Kesan kelantangan ini, beliau dikritik hebat oleh tokoh-tokoh dari negara luar yang menyokong pengiktirafan hak-hak LGBT. Mereka yang menentang gaya hidup songsang dan menyokong nilai-nilai tradisi sekarang dilihat sebagai golongan jumud yang menindas sedangkan golongan LGBT yang memporak-perandakan fabrik sosial diangkat dan dijulang sebagai pejuang kebebasan. Inilah prop...

Perintah berkurung: Mengasuh atau memasung? (Utusan Malaysia 14 Februari 2019)

Image
“APA yang dapat anda lakukan untuk mempromosikan perdamaian dunia? Pulanglah dan cintai keluarga anda.” - Mother Theresa. Undang-undang hanyalah satu bentuk kawalan keras ke atas masyarakat dalam memastikan kesejahteraan, ketenteraman dan keselamatan negara diselia dengan baik. Demi tujuan ini sebarang permasalahan sosial dalam masyarakat juga dikawal mengikut buram perundangan bagi memastikan kecelaruan sosial tidak menjejaskan negara. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan cadangan untuk memperkenalkan perintah berkurung bagi kanak-kanak bawah 18 tahun. Ramai yang memberikan reaksi negatif kepada cadangan itu dengan rata-rata berpendapat bahawa sebarang bentuk kawalan ke atas kanak-kanak seharusnya ditentukan oleh ibu bapa mereka sendiri. Tetapi pandangan ini tidak mengambil kira permasalahan yang sudah kerap timbul apabila zaman moden, yang melihat kebangkitan pesat teknologi, semakin melumpuhkan institusi kekeluargaan. Hampir dua tahun lalu negara dikejutkan ...

Undang-undang perisai angkuh pihak berkuasa (Utusan Malaysia 7 Februari 2019)

Image
“KEMUNDURAN negara tidak akan terjadi kalau tidak kemunduran budi dan kekusutan jiwa.” - Buya Hamka. Semasa parti-parti politik di bawah Pakatan Harapan (PH) memainkan peranan sebagai pembangkang dahulu, berkobar-kobar ahli-ahli politik mereka membantah tentang kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia. Semua yang bercanggah dengan pandangan tirus mereka akan dibantah keras yang mungkin dan diungkit berkali-kali untuk menunjukkan kerosakan dalam kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN). Namun kini selepas rakyat memberikan mandat mahal kepada PH untuk memimpin negara, mereka yang dahulu meludah ke langit, terpaksa menjilatnya semula yang terpalit pada muka sendiri. Kesalahan dahulu dikatakan dosa besar di bawah BN kini diulang guna dengan pelbagai alasan; ada yang boleh diterima budi, selalunya memperbudakkan akal. Dahulu semasa kerajaan di bawah BN memperkenalkan undang-undang yang menyekat kebebasan, ahli politik PH ramai yang bangkit memanggil...

Skim mySalam langkah berbahaya? (Utusan Malaysia 30 Januari 2019)

Image
“POLITIK adalah cara merompak dunia. Politik adalah cara menggulingkan kekuasaan, untuk menikmati giliran berkuasa.” - WS Rendra. Pengumuman kerajaan melancarkan mySalam, yang merupakan skim insurans bagi golongan B40, adalah langkah yang amat berbahaya untuk jangka masa panjang. Walaupun kelihatan seperti kaedah untuk melindungi hak penjagaan kesihatan golongan B40, namun sebetulnya mengimport masuk skim insurans ke dalam sistem nasional hanya akan menghakis akses kesihatan yang sekarang ini sudah sedia ada terbuka untuk semua. Isyarat yang disampaikan adalah bahawa hanya golongan yang mempunyai insurans memiliki akses kepada dan perlindungan penuh penjagaan kesihatan. Dikhuatiri pada penghujungnya, sistem yang menjadikan insurans sebagai bahan sandaran akan memakan tuan apabila akan ada mereka yang memerlukan penjagaan kesihatan namun dinafikan hak kerana ketiadaan insurans atau takat perlindungan tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi bagi sistem insurans yang ...