Posts

Berlaku adil kepada hak bersuara (Utusan Malaysia 6 November 2017)

Image
HEBOH rakyat Malaysia berdesas-desus dan memperkatakan tentang kes saman fitnah melibatkan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor laman portal Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Yang dihebohkan bukanlah artikel yang dikatakan me­ngandungi fitnah terhadap Pas tetapi lebih kepada rentetan kes terutama pembelaan yang telah difailkan defendan. Secara ringkasnya, pembelaan dalam kes itu memetik pemakaian Seksyen 4 Akta Fitnah 2013 yang berkuat kuasa di United Kingdom (UK) berkaitan dengan ‘kepentingan awam’. Pembelaan Clare Rewcastle-Brown adalah bersandarkan hak orang awam untuk mengetahui perkara yang ditulisnya dalam artikel yang dituduh telah memfitnah Pas. Di Malaysia, kita tidak mempunyai peruntukan yang sama. Yang ada dalam Akta Fitnah 1957 yang berkuat kuasa di Malaysia adalah pembelaan ‘komen berpatutan’ yang sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan pem­belaan kepentingan awam. Di negara ini, seseorang defendan dalam saman fitnah mempunyai ...

#DalamBerita: Lawyers contend that Ambiga has no ground to invoke subjudice

KUALA LUMPUR – November 1, 2017 : Several lawyers have argued that it is not subjudice for Malaysians linked to a defamation suit against Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown to talk about the case for now. Their argument is based on the elementary fact that the suit was filed in a British court, which simply has no power to penalise anyone in Malaysia. According to Zaki Azmi, it was thus strange that former Bar Council president Datuk Ambiga Sreenevasan should cite subjudice as the reason for keeping mum when asked to react to her name being mentioned by the editor as the source for an article she had written at her news portal. The article — which is why the suit was filed by PAS president Datuk Seri Hadi Awang — against the editor — alleged that senior PAS leaders were bribed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. “It’s odd that she (Ambiga) deemed it subjudice for her to deny or confirm Clare’s claim, given the fact that she is not bound by British laws and the ethics of ...

Hak asasi menurut acuan kebangsaan (Utusan Malaysia 2 Oktober 2017)

BARU-BARU ini Pelapor Khas Hak Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau lebih dikenali sebagai Special Rapporteur telah menamatkan lawatan ke Malaysia. Lawatan 11 hari ke Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak itu adalah bertujuan menyediakan laporan tentang tahap pemakaian hak asasi rakyat Malaysia dalam hal kebudayaan, kesenian dan pemba­ngunan sains seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR). Sejurus lawatan tamat, Pelapor Khas telah menyediakan laporan bertarikh 21 September 2017 yang melingkungi beberapa aspek. Laporan itu secara amnya menyentuh keadaan semasa di Malaysia berkaitan hak kebudayaan, komitmen Malaysia kepada triti antarabangsa, dan usaha Malaysia mengadakan Pelan Tindakan Hak Asasi Kebangsaan (PTHAK). Laporan yang diketengahkan oleh Pelapor Khas itu menggambarkan usaha kerajaan Malaysia dalam memartabatkan pemeliharaan hak asasi manusia di negara ini yang wajar dipuji. Ini termasuklah usaha yang giat dijala...

Perluas didikan undang-undang fitnah (Utusan Malaysia 11 September 2017)

Image
SAMAN fitnah adalah penyelesaian mengikut aturan perundangan sivil yang ada apabila nama baik seseorang atau sesebuah organisasi dicemari dengan kenyataan fitnah. Dalam masa yang sama, fitnah juga adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang membolehkan orang yang memfitnah itu dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda. Logik wujudnya saman fitnah adalah mudah – setiap orang berhak untuk melindungi nama baiknya, maka sebarang salah laku yang menyebabkan reputasinya tercemar adalah kesalahan yang berhak diambil tindakan. Dalam menghakimi mana-mana saman fitnah, mahkamah terikat kepada prinsip-prinsip di bawah undang-undang Common Law dan juga seperti yang telah dikanunkan dalam Akta Fitnah 1957 serta tatacara seperti di bawah Aturan 78 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Secara ringkasnya, dalam mempertimbangkan saman fitnah, mahkamah akan melihat tiga perkara. Pertama, plaintif haruslah membuktikan kepada mahkamah bahawa ungkapan yang dikeluarkan oleh d...

Mengapa peguam bohongi akujanji? (Utusan Malaysia 28 Ogos 2017)

Image
“SEORANG peguam­bela dan peguamcara dalam pada bertindak dengan penuh hormat kepada mana-mana tribunal yang dihadirinya, hendaklah tanpa takut menegakkan kepentingan anak guamnya, kepentingan keadilan dan kemuliaan profesion tanpa mengambil kira akibat yang tidak menyenangkan sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada mana-mana orang lain.” – Aturan 16, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan) 1978. Intipati Aturan 16 ini adalah antara akujanji yang diberikan oleh mana-mana orang yang didaftarkan sebagai seorang peguamcara dan peguambela. Aturan ini kerap disebut sebagai peraturan ‘tanpa rasa takut atau berkepentingan’ yang mudahnya bermaksud: seorang peguam bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan anak guam, kepentingan keadilan dan kemuliaan profesion undang-undang hendaklah dipelihara tanpa rasa takut atau tanpa melebihkan kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah asas kepada profesion yang meletakkan setiap pengamal undang-undang sebagai sahab...

#DalamBerita: Tidak Boleh Sita Equanimity

KUALA LUMPUR – Tindakan menyita kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho tidak boleh dilakukan selagi tidak ada bukti atau kaitan munasabah yang boleh mensabitkan aset tersebut dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Setiausaha Agung Concerned Lawyers for Justice, Fatihah Jamhari (gambar kecil) berkata, kapal tersebut tidak boleh disita kerana ia milik persendirian melainkan sudah ada bukti di mahkamah bahawa pembelian aset tersebut dibuat menggunakan dana 1MDB atau mana-mana anak syarikat yang berkaitan dengannya. “Mengikut undang-undang, kena buktikan atau tunjukkan cara pembelian aset tersebut. Daripada dana mana ia diambil atau cara pembe­lian dilakukan sebelum tindakan sita boleh dilakukan. “Setakat ini ia masih menjadi persoalan dan tidak dapat dipastikan sama ada terdapat dokumen me­ngenai pembelian kapal tersebut. Sekiranya sitaan dibuat dengan cara tidak wajar, ia telah menyalahi hak asasi manusia,” katanya ketika...

Malukah Melayu dengan fitrahnya? (Utusan Malaysia 7 Ogos 2017)

Image
MELAYU memang dah lama lupa asalnya, ke­rana malu akan dirinya, takut dikata sakailah pula.” – Seloka Melayu. Ketinggian adab dan pekerti bangsa Melayu bukan hanya kerana fitrah bangsanya. Tetapi lebih utama lagi, kerana wujud pegangan agama Islam sebagai panduan hidup yang memperhaluskan kerapian bangsa Melayu. Ini jelas apabila dilihat daripada lipatan sejarah bagaimana seawal abad 15 lagi, ketika masyarakat bangsa asing masih tergapai-gapai dalam naratif bangsa mereka, bangsa Melayu di tanah air ini telahpun bergerak maju dan mengkanunkan undang-undang berdasarkan hukum syarak. Sebagai sebuah bangsa, Melayu hidup bermaruah dan berprinsip berlandaskan aturan moral yang tinggi. Panduan hidup bangsa Melayu bukanlah hanya terpaksi kepada etika yang ditetapkan oleh adat masyarakat tetapi juga di­ikat dengan kekangan undang-undang yang menidakkan salah laku, terutama salah laku yang merosakkan bangsa. Antaranya, undang-undang dalam Hukum Kanun Me­laka yang mengharamkan zina. ...