#DalamBerita: Tidak Boleh Sita Equanimity

KUALA LUMPUR – Tindakan menyita kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho tidak boleh dilakukan selagi tidak ada bukti atau kaitan munasabah yang boleh mensabitkan aset tersebut dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung Concerned Lawyers for Justice, Fatihah Jamhari (gambar kecil) berkata, kapal tersebut tidak boleh disita kerana ia milik persendirian melainkan sudah ada bukti di mahkamah bahawa pembelian aset tersebut dibuat menggunakan dana 1MDB atau mana-mana anak syarikat yang berkaitan dengannya.

“Mengikut undang-undang, kena buktikan atau tunjukkan cara pembelian aset tersebut. Daripada dana mana ia diambil atau cara pembe­lian dilakukan sebelum tindakan sita boleh dilakukan.

“Setakat ini ia masih menjadi persoalan dan tidak dapat dipastikan sama ada terdapat dokumen me­ngenai pembelian kapal tersebut. Sekiranya sitaan dibuat dengan cara tidak wajar, ia telah menyalahi hak asasi manusia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, sekiranya pemilik kapal tersebut dapat membuktikan tindakan sitaan terhadap aset tersebut dilakukan secara salah, individu tersebut boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi terhadap kerajaan Malaysia.


* Disiarkan dalam Kosmo! 

Comments

Popular posts from this blog

Kebebasan Bersuara Yang Tidak Sama Rata (Unpublished 5 Jun 2017)

Menyusukan kera di hutan biarpun anak di rumah kebuluran! (Utusan Malaysia 12 Jul 2024)

Keadilan buat Penyewa – Tuan Rumah (Utusan Malaysia 7 Julai 2023)