Hak pengguna untuk boikot produk sampah (Utusan Malaysia 22 Mac 2024)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDeYxGNlXbjTsx8XmbV_1UYVVnqTSnK55GXg8TJpxq1PGNIp2Z2TV-VlWh1M07SAAnAolDpOm6H_f_ayHboAbm7162mlQ_itlarpQJITG8uGVV90lW1-C_6wWkK1P1uggdCHeNBtLZ1wtYq-sB-hDbPXF-aUyoV_63of_9PGGeeVoN9IgXo3Dbjk7Vi0WH/w500-h640/20240322.jpeg)
“ DENGAN demikian, sudah nyata betapa luas bidang Syariat Islam itu, iaitu bahagian-bahagian yang tidak terpisah antara satu sama lain. Mencakupi seluruh kegiatan hidup untuk mencapai taraf yang lebih baik. Mencegah dan membendung yang membawa mudarat, memberi petunjuk kepada manusia, bagaimana supaya selamat hidupnya seiring dengan bertambah kukuh hubungannya dengan saudaranya sesama manusia .” – Buya Hamka Sejak 15 November 1999 lagi hak pengguna di dalam negara telah dimaktubkan dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] selari dengan perkembangan ekonomi pasca kegawatan ekonomi serantau pada ketika itu. Bukan saja Akta 599 meletakkan garis panduan yang jelas tentang perlindungan yang harus diberikan kepada pengguna mana-mana barang atau perkhidmatan, tetapi Akta 599 juga menubuhkan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna yang menjadi forum ampuh menyelesaikan sebarang aduan berkaitan hak pengguna. Di bawah Seksyen 32 Akta 599, setiap pe...