Gangguan seksual kerana sakit jiwa (Utusan Malaysia 30 April 2021)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEit0ooizNCctB4HJo3-Ht1ZHPaKNpdN1QP4uVnAtepWwCa9iUO2RnP5aMbsKVw8p-41A7OXmTDd0OpOQjvVEV9mYTWsgBD-lOl8jRMcAahTVkVS1OjIghIgu2kST1v9InKLGcfx13vlBUdh/w335-h400/crop_1620291399799.jpg)
‘ Pekerjaan tangan yang paling sederhana sekalipun demi mempertahankan harga diri seseorang, jauh lebih utama daripada kekayaan yang disertai penyelewengan .’ – Saidina Ali Abi Talib Asas kepada hak asasi manusia (HAM) meletakkan harga diri dan kehidupan dalam nilai kehormatan setiap orang. Inilah yang dimaktubkan dengan kemas dalam semua konvensyen HAM yang telah diratifikasi Malaysia seperti Artikel 1 Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam (CDHRI) yang menyebut ‘semua manusia adalah setaraf dalam kehormatan dan tanggungjawab asas’. Penekanan kepada kerhomatan ini juga diulang dalam Artikel Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) dan Artikel 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD). Sebarang tindakan yang merendahkan kehormatan seseorang adalah pelanggaran HAM dan harus ditangani dengan penuh hikmah di setiap peringkat masyarakat. Sebagai contoh, gangguan seksual adalah perbuatan yang mendatangkan trauma kepada mangsa dengan merendahkan kehormatannya. Jelas se...