Posts

Showing posts from April, 2018

Hormati institusi penguatkuasaan pilihan raya (Utusan Malaysia 30 April 2018)

Image
BERLAKU adil adalah dengan meletakkan sesuatu perkara di tempat yang sepatutnya. Keadilan tidak boleh dipandang enteng dan diperlekehkan dengan membiarkan mana-mana pihak menuntut untuk meletakkan tuntutan mereka pada tempat yang tidak sewajarnya. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah membuat permohonan untuk dibenarkan sebagai pemerhati dalam proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Apabila permohonan ini ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ramai yang mengulas kononnya tindakan SPR adalah tidak adil dan tidak telus. Sentimen yang disemarakkan adalah dengan mensensasikan rasa ketidakpercayaan rakyat Malaysia terhadap proses pilihan raya di negara ini. Inilah yang dilaporkan melalui kajian bertajuk Demokrasi di Asia Tenggara yang dijalankan oleh Suhakam dengan kerjasama Yayasan Kofi Annan. Agak janggal melihat bagaimana dua entiti ini digabungkan untuk menghasilkan kajian tersebut memandang­kan tujuan utama penubuhan kedua-dua entiti adalah untuk...

PAS — understated but potent (Tanjak.my 27 April 2018)

We are steadily entering the metaphase of GE14 with the voters lining up right in the middle of the equator, as the chromosomes normally would in the phase. The only twist to this analogy is that there are three spindles in this cell, instead of the usual two and thus wreaking havoc to the whole cell. The third bloc under the Gagasan Sejahtera umbrella was effectively created by PAS when DAP decided to evict it from Pakatan Rakyat sometime in 2015. Since then, PAS has refused to join either Barisan Nasional or Pakatan Harapan. Gagasan Sejahtera, comprising PAS, Ikatan, Berjasa and Parti Cinta Malaysia (PCM), started to take form in 2016. Sure, there have been many candidates in the past that aimed to formulate a third bloc – either as independent candidates or through fringe parties such as the now defunct Human Rights Party, established by Hindraf’s P. Uthayakumar. However, none of the peripheral parties actually formed a commendable challenge to the two-‘party’ system th...

Undian Anak Muda: Wadah Masa Depan Negara (Utusan Malaysia 10 April 2018)

Image
“Undi adalah lebih kuat daripada gotri.” - Abraham Lincoln. Pada 6hb April yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pembubaran Parlimen Ketiga belas. Antara petikan yang menarik daripada ucapan pengumuman Dato’ Sri Najib Razak adalah prestasi yang berjaya dicapai oleh negara termasuklah pemakaian tuntutan Manhaj Maqasid Syariah dalam penggubalan dasar-dasar penting negara. Untuk kesemua ahli-ahli parlimen yang bertungkus-lumus membawa suara rakyat untuk didengarkan di dalam Dewan Rakyat, Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.  Turut menarik minat Penulis adalah ucapan penutup Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menasihati ahli-ahli parlimen agar mementingkan etika dalam Parlimen mengatasi kepentingan politik peribadi masing-masing. Sememangnya ahli-ahli parlimen mempunyai tanggungjawab yang besar bukan saja kepada suara peribadi mereka tetapi lebih penting lagi, kepada suara rakyat-rakyat yang mengundi mereka sehingga mer...

Meletakkan Hak Kepada Tahana Sesuai (Utusan Malaysia 02 April 2018)

Image
“Rakyat yang tanpa hak hukum, bukanlah rakyat merdeka. Hak hukum yang tidak dilindungi oleh lembaga pengadilan yang mandiri adalah hukum yang ditulis di atas air.” - Kesaksian Akhir Abad, WS Rendra. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) adalah mekanisma yang diwujudkan di bawah Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi 60/251 bertarikh 3 April 2006. Dalam proses UPR, kesemua 193 ahli PBB diundang untuk disemak takat dan pemakaian hak asasi manusia (HAM) di negara mereka, selain untuk menerima saranan ahli-ahli PBB lain bagi menambah baik takat HAM negara masing-masing.  Proses dimulakan dengan penyediaan laporan pelbagai pihak termasuklah: pertama, laporan Negara Dalam Semakan (SUR) yang disediakan kerajaan negara terlibat tentang takat HAM di negara mereka dan pemakaian mana-mana syor yang telah diterima dalam sesi semakan sebelum itu; kedua, laporan pemegang berkepentingan (stakeholders) termasuklah daripada organisasi m...