Posts

Hikmah Hukuman (Utusan Malaysia 5 November 2021)

Image
“ NEGARA yang lebih baik, insya-Allah dapat diwujudkan jika prinsip ketiga dan prinsip keempat Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang diberikan nafas, dihayati dan dihormati setiap masa serta urus tadbir negara dilaksanakan secara jujur, telus dengan amanah dan berintegriti berpaksikan undang-undang .” - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Minggu ini ramai yang membincangkan tentang keputusan kes melibatkan kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut universiti itu bagi pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.  Hakim juga memutuskan hukuman tiga tahun pemenjaraan ke atas keenam-enam tertuduh beserta 12 tertuduh yang lain atas kesalahan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yakni menyebabkan cedera bagi memeras pengakuan bersalah atau ...

Perlukah wujud NGO? (Utusan Malaysia 1 Oktober 2021)

Image
“ BARANGSIAPA muncul di atas masyarakatnya, dia akan selalu menerima tuntutan daripada masyarakatnya-masyarakat yang menaikkannya, atau yang membiarkannya naik .” -Pramoedya Ananta Toer. Pengabdian diri seseorang kepada keperluan masyarakat amatlah penting bagi mengimbangi keperluan mendesak sesuatu komuniti dan keterbatasan sumber yang wujud secara semula jadi dalam mana-mana kelompok masyarakat. Dalam peribahasa Jawa, banyak sekali ditekankan tentang peri penting keperluan mengabdikan usaha untuk kebaikan masyarakat. Contohnya peribahasa ‘urip iku urup’ yang bermaksud ‘hidup itu nyala’ dan boleh difahami sebagai teguran agar hidup seseorang itu digunakan untuk menerangi hidup orang lain.  Dalam dunia yang dilimpahi dengan kepelbagaian kesenangan dek kerana kemajuan teknologi, takrifan modal sosial juga berubah mengikut peralihan masa. Jika dahulu modal sosial hanya menekankan interaksi sosial di antara masyarakat setempat, kini modal sosial yang ditawarkan seseorang mampu memberi...

Akta Kanak-Kanak 2001: Payung yang Besar Harus Lebih Bertaring (Utusan Malaysia 3 September 2021)

Image
“ MENGINGATI bahawa, seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Hak Kanak-Kanak, ‘kanak-kanak, oleh sebab ketidakmatangan fizikal dan mentalnya, memerlukan perlindungan dan penjagaan khusus, termasuk perlindungan perundangan yang sesuai, sebelum dan sesudah kelahiran ” - Mukadimah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Hak bagi kanak-kanak untuk dilindungi kebajikan dan keselamatan perlu dimartabatkan sejajar dengan peruntukan CRC yang telah diratifikasi negara dalam tahun 1995. Kewujudan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] adalah antara hasil komitmen kerajaan dalam menggubal undang-undang domestik yang khusus bagi memelihara hak serta melindungi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Dengan pindaan terkini Akta 611 yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2017, seharusnya Akta 611 ini dijulang dengan lebih tinggi lagi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara kemas.  Penulisan ini memfokuskan kesalahan mana-mana orang yang merisikokan keselamatan dan ke...

Bahasa kaum liberal Malaysia yang bingai (Utusan Malaysia 23 Julai 2021)

Image
‘ Mereka bertengkar ramai dalam bahasa yang bagiku sama asingnya dengan bahasa nasib manusia .’ – Pramoedya Ananta Toer Bahasa adalah suatu komoditi yang unik dalam interaksi sosial, bukan sekadar untuk kelangsungan hidup seharian tetapi lebih utama lagi, bagi menjaga kesepaduan sosial dalam sesebuah masyarakat. Apabila bahasa yang jelas digunakan dengan telus, interaksi menjadi mudah tetapi apabila bahasa dimanipulasi untuk melindungi motif tersembunyi, sudah tentu interaksi menjadi tersekat dan terbantut. Begitu jugalah dengan polemik di antara mereka yang menggelarkan diri sebagai konservatif menentang mereka yang meyakini diri sebagai liberal di Malaysia.  Sebagai contoh mudah, sudah berulang-kali diulang sehingga berbuih mulut berbicara: Malaysia adalah negara yang bernilai Islamik. Bukan hanya kerana Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang berdiri tegak dan teguh mengikat jati diri negara ini, bahkan lebih daripada itu, dalam setiap sendi negara nilai Islamik itu terserlah. B...

Kegagalan Undang-Undang Memelihara (Utusan Malaysia 4 Jun 2021)

Image
‘ AKU sudah pernah merasakan semua kepahitan dalam hidup dan yang paling pahit ialah berharap kepada manusia .’ – Saidina Ali Abi Talib Tular di media sosial untuk kesekian lama slogan #KerajaanGagal tetapi kini penggunaan #RakyatGagal juga semakin meningkat bagi menggambarkan kecaman menyeluruh ahli masyarakat kepada sesiapa yang tidak segan melanggar pematuhan undang-undang. Masyarakat saling menyalahkan sesama sendiri dan tidak lagi hanya menuding jari kepada kelas kayangan yang pada mulanya hanya digunakan untuk merujuk kepada mereka yang berduit, berkuasa atau berpengaruh.  Realiti semasa, bukan hanya kelas kayangan yang culas mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bahkan rakyat marhaen yang tidak berduit, tidak punya kuasa dan tanpa pengaruh juga sudah jemu menurut arahan kerajaan bagi membendung kemaraan pandemik COVID-19 dalam negara. Nilai taruhan bagi rakyat marhaen hanyalah nyawa yang dikandung badan tetapi nilai inilah yang tidak tak...

Aku Sepasang Kasut Guru Tua (Tunas Cipta 18 Mei 2021)

BAHANG jalan tanah merah yang dipijak meruap naik dan meresap ke seluruh tubuhku. Batu-batu kerikil ada yang sesat dan melekat dalam alur pada tapakku. Debu-debu tanah merah yang naik setiap kali tapakku memijak, langsung melekap rapat dan menyelimuti keseluruhan tubuh hitamku. Daripada warna hitam berkilat yang aku banggakan, kini tubuhku sudah kelihatan begitu hodoh dek tompokan debu yang tidak segan mendampingiku. Melihatkan keadaan aku, tentu jelas kudratku sudah seperti lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. Tambah pula tapakku semakin tebal berkerak dengan tanah merah yang terlekat. Rupa parasku sudah terlalu tua untuk meneruskan khidmat. Terasa amat menyesakkan sekali perjalanan ini. Namun inilah tanggungjawabku saban hari; menemani perjalanan guru tua ini sehari-harian. Sudah masuk tahun kelima aku dikhadamkan guru tua ini. Untuk tempoh usiaku, aku sejujurnya sudah amat tua untuk tugas berat ini. Seperti tuanya guru tua yang menghambakan aku. Nan berat tidak terpikul, nan ...

Undang-undang jenayah sivil cilok peruntukan syariah? (Utusan Malaysia 7 Mei 2021)

Image
‘ BUDI pekerti yang tinggi adalah rasa malu terhadap diri sendiri .’ – Plato Menerusi penghakiman dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia & Satu Yang Lain , Yang Arif Hakim Abdul Wahab Patail telah memperincikan bidangkuasa jenayah bagi kesalahan melibatkan isu kesusilaan di bawah undang-undang jenayah sivil dan syariah. Bahagian Rogol dalam Bab XVI Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan melibatkan kehormatan dalam pada enakmen syariah pula, sebagai contoh di bawah Bahagian IV, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], memaktubkan kesalahan berhubung dengan kesusilaan.  Antara kesalahan yang disebut sebagai contoh jenayah melanggar kesusilaan adalah perbuatan sumbang mahram dan pelacuran. Apa yang menarik dalam penghakiman itu, Yang Arif Hakim telah menyebut kedua-dua kesalahan ini sebagai jenayah yang diperkemaskan di bawah enakmen syariah, secara eksklusif. Ini kerana pada masa penghakiman itu dibuat dal...