Posts

Showing posts from June, 2024

Hak anak untuk menerima didikan moraliti yang baik (Utusan Malaysia 21 Jun 2024)

Image
“ MENURUT sosiologi moden, kebebasan seseorang diikat oleh undang-undang (syariat). Dan syariat bersumber daripada akhlak. Dan akhlak (pula) bersumber daripada kepercayaan kepada Allah. Kebebasan tanpa ikatan undang-undang dan disiplin adalah chaos (huru-hara); dan chaos adalah musuh kemerdekaan nombor satu .” – Buya Hamka  Antara tulisan ahli sosiologi yang amat saya minati adalah daripada Erich Fromm yang asalnya merupakan seorang psikologis Yahudi yang telah lari daripada rejim Nazi di Jerman ke Amerika Syarikat. Beliau banyak mengetengahkan wacana mengenai keperluan batin seorang insan khususnya dalam pembentukan kekuatan emosi individu itu.  Dalam mengembangkan hujahan dan dasar kepada pemikirannya, Erich Fromm telah menulis manifesto mengenai perasaan kasih-sayang dan cinta melalui buku yang dikenali sebagai Seni Mencintai. Salah satu bab ditumpukan sepenuhnya kepada perasaan kasih sayang di antara seorang anak dan ibu bapanya.  Beliau menggambarkan kewujudan cinta ...

Masyarakat yang sedang tenat (Utusan Malaysia 7 Jun 2024)

Image
“ DENGAN adanya ibu bapa, engkau merasakan bahawa engkau mempunyai urat tunggang dalam kehidupan ini. Allah SWT pun menakdirkan dan meniupkan rasa kasih sayang dalam hati kedua-dua ibu bapa kepada dirimu, sejak matamu terbuka melihat dunia. Apabila engkau dianugerahi pula anak oleh Allah SWT, barulah engkau ketahui benar betapa kasih ibu bapa kepadamu. Jasa mereka tidaklah akan dapat dibayar dengan wang, walaupun berapa banyaknya. Budi tidak dapat diganti dengan harta. Ganti budi hanyalah budi pula .” – Buya Hamka  Hangat diperkatakan perkembangan terbaru mengenai tragedi yang menimpa keluarga adik Zayn Rayyan. Rata-rata orang ramai menyuarakan perasaan terkejut dengan penahanan reman ibu bapa anak kecil yang ditemui dibunuh bulan Disember tahun lalu. Ramai juga yang kini rajin mengorek semula pelbagai ‘bahan bukti’ untuk menjelaskan kesahihan tindakan pasukan polis.  Meskipun perit untuk diterima, tetapi hakikatnya semakin banyak nyawa kanak-kanak yang kecundang di tangan pen...