Posts

Showing posts from September, 2023

YDPA sebagai pemelihara perpaduan nasional (Utusan Malaysia 15 September 2023)

Image
‘ DI ATAS robohan Kota Melaka Kita bangunkan jiwa merdeka Bersatulah Melayu seluruh baka Membela hak keadilan pusaka .’ – Buya Hamka. Suratan takdir mengaturkan program #TagupiMembaca Siri Keempat yang berlangsung minggu lalu tiba di Tawau dan melalui jalan raya ke Lahad Datu sehari selepas lawatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di sana. Riuh rakyat jelata dari Sabah yang menceritakan bagaimana jalan raya yang serba daif sebelum ini lekas-lekas dibaiki bagi menyambut mesra lawatan YDPA. Kami yang tiba di sana turut merasai kehangatan sambutan orang Sabah buat Baginda Sultan dan turut menikmati manfaat yang terbit daripada lawatan diraja ini.  Ramai yang tidak sedar, ini merupakan lawatan rasmi YDPA kali kedua ke Barat Sabah yang sebelum ini pernah juga hadir di Tawau pada tahun 2019. Malah, mungkin ada yang melihat lawatan rasmi ini sebagai suatu perkara yang kecil. Namun tidak pada mata dan hati rakyat Sabah.  Lawatan YDPA sebegini merupakan pengikat hati di antara rakyat Sabah...

#DalamBerita: Respect for privacy vital in public photography

PETALING JAYA: Respect for privacy is critical in the digital era, especially when there are no laws prohibiting the public from taking pictures or videos of other individuals, said lawyer Fatihah Iliani Jamhari. She added that Section 4 of the Personal Data Protection Act 2010 focuses on business transactions, so the lack of a specific law protecting individual privacy in regard to photography or videography raises concerns when such images are misused or provide a misleading perception once uploaded on the internet. “The Federal Constitution does not provide the right to privacy as a basic freedom of an individual. We do not have a law that enforces the right to privacy. “It becomes a crime only if pictures or videos are misused for sexual or deceptive reasons.” She said images taken in a public space is governed by the personal ethics of photographers and videographers. “I don’t think enacting a photography-cum-videography law would help. Rather, it boils down to education on the im...

Pindaan kepada Perlembagaan nak mudahkan kerja siapa? (Utusan Malaysia 4 September 2023)

Image
‘ TUGAS kita bukanlah untuk berhasil, tugas kita adalah untuk mencuba kerana di dalam mencuba itulah kita menemukan kesempatan untuk berhasil .’ – Buya Hamka. Minggu hadapan bermula 5hb – 8hb September saya dan kumpulan aktivis #TagupiMembaca akan meneruskan dengan siri keempat program amal yang bertujuan untuk membawakan pelbagai alatan bantuan pembelajaran dan bahan bacaan bagi manfaat kanak-kanak tanpa negara di Sabah. Mereka hidup sebagai warga tanpa negara atas faktor kegagalan ibu bapa memastikan pendaftaran kelahiran mereka disempurnakan.  Namun, apabila ditelesuri lebih jauh, status mereka berpunca daripada kelompongan besar dalam kerangka perundangan dan dasar kerajaan sehingga meskipun ada antara nenek-moyang mereka memiliki dokumen, akhirnya ibu bapa dan mereka sendiri gagal mendapatkan dokumen pengenalan diri rasmi. Maka tumbuhlah mereka membesar sebagai orang tanpa dokumen yang hidup sebagai persona non-grata dan tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, meskipun bumi ber...