Posts

Showing posts from July, 2023

Malaysia nak ada Akta Ombudsman? (Utusan Malaysia 21 Julai 2023)

Image
‘ KATA-KATA amanah satu rumpun dengan kalimat aman. Jikalau tiap orang memegang amanahnya dengan betul, akan amanlah negeri dan bangsa .’ – Buya Hamka. Pernah berlegar suatu masa dulu di media sosial tentang petikan daripada filem yang mengatakan bahawa ‘seseorang itu tidak ada kehidupan yang buruk, sebaliknya mereka hanya ada kerajaan yang buruk.’ Petikan ini menggambarkan jelas bagaimana kegagalan mana-mana jentera kerajaan bukan saja menganggu masyarakat umum tetapi lebih utama kehidupan individu seseorang rakyat. Untuk mengakhiri kesengsaraan rakyat akibat tindakan tidak kemas sesuatu kerajaan, amat wajar sekali diwujudkan suatu badan yang menyiasat sebarang dan semua aduan awam tentang kerajaan.  Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) mengumumkan bahawa  Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia dijangkakan akan siap didraf dan dirujuk melalui proses kelulusan Jemaah Menteri dalam tahun ini. Sudah tentu anggaran beliau, RU...

Keadilan buat Penyewa – Tuan Rumah (Utusan Malaysia 7 Julai 2023)

Image
‘KEKUATAN sesebuah negara terhasil daripada keutuhan di rumah.’ – Confucius. Pada tahun 2018, dapatan kaji-selidik yang dijalankan oleh PropertyGuru Malaysia menunjukkan bahawa sentimen dominan di kalangan rakyat Malaysia memilih untuk memiliki kediaman sendiri berbanding menyewa. Namun trend pemilikan rumah dalam tahun 2022 dilihat tidak seimbang akibat kadar faedah yang dikenakan bank dilihat terlalu tinggi. Ini terserlah apabila ramai penduduk, khususnya di sekitar Lembah Klang memilih untuk terus menyewa berbanding membeli rumah sendiri. Pun begitu, terkini Laporan Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia untuk suku tahun 2023 menunjukkan penurunan dalam Indeks Permintaan Jualan dan Indeks Permintaan Sewa. Kebimbangan utama apabila trend menunjukkan kerenjatan dalam kedua-dua pembelian dan sewaan kediaman ialah lambakan hartanah kosong di pasaran tanpa penghuni.  Meskipun isu ini telah dikenalpasti sejak tahun 2019 lagi apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu m...