Karya Sampah Galakkan Rogol (Utusan Malaysia 30 Dis 2022)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy4TlUsDLkwiBVfvLuiBDbfe1v2cnA7UbwXzrddCCmw0jm2l8WAzKN6tWC3guxdd5fY9AsKOWGc_-jQ5ss2P7Aqb-6aksjW4w8fErH_07pfAC0yjjAq81hnJwFZ-GQ5lpVY3eE85whFtN5AW_Kv3gLWyKdEkFezB1Ne8nSLqKDYIu-cQwzAXpzeHa-MIM3/w496-h640/322570972_1210386266546659_4223127973299664741_n.jpg)
‘ ALANGKAH besar bezanya bagi masyarakat bila kaum perempuan dididik baik-baik. Dan untuk keperluan perempuan itu sendiri, berharaplah kami dengan harapan yang besar supaya disediakan pelajaran dan pendidikan, kerana inilah yang akan membawa bahagia baginya .’ – Raden Ayu Kartini Ario Sosroningrat. Pendidikan bukan saja proses mendapatkan ilmu pengetahuan buat pemantapan akal masyarakat sejagat, tetapi juga merupakan proses sosialisasi bagi mengajar nilai dan norma sosial yang diterapkan menjadi budaya dalam jiwa masyarakat setempat. Atas fahaman ini, proses mengejar pendidikan bukan saja menitik-beratkan kebolehan menaakul para pelajar tetapi juga melihat kepada adab, pekerti dan hati nurani para pencari ilmu. Sayang sekali apabila ilmu pengetahuan yang ada digunakan secara salah untuk mengakibatkan kepincangan dalam struktur sosial masyarakat kita yang sebetulnya tinggi adab, takzim adat. Sayang sekali apabila para wanita yang dihantar ke sekolah sejak umur enam tahun, saat...