Posts

Showing posts from November, 2022

Pemimpin cerminan rakyat (Utusan Malaysia 25 November 2022)

Image
‘ SEORANG pemimpin yang baik harus terlebih dahulu mahu dipimpin .’ – Aristotle Meskipun banyak sekali kritikan terhadap teori etika yang dihujahkan Aristotle, namun kita harus akui wujud kebenaran yang jelas dalam penghujahannya. Khusus apabila beliau menyatakan keperluan setiap orang berusaha untuk mendapat keperibadian unggul dengan akhlak mulia bagi mencapai kesejahteraan hidup. Nasihat ini melandaskan kefahaman bahawa setiap pemimpin itu harus rela dinasihati dan dipimpin bagi membolehkannya ruang untuk sentiasa memperbaiki diri agar dapat seseorang pemimpin itu mencapai keperibadian unggul.  Masyarakat zaman ini tidak lagi menghayati nasihat sebegini. Malah, kemelut politik yang melihat bagaimana kerajaan tidak berjaya dibentuk meskipun selepas beberapa hari pilihan raya umum (PRU) selesai, membuktikan kebenaran bagaimana kerakusan politikus yang memimpin akhirnya menzahirkan kecelaruan buat rakyat yang dipimpin mereka.  Ini kerana pemimpin yang dilantik tidak wujud dala...

Jangan undi kluster mahkamah (Utusan Malaysia 16 November 2022)

Image
‘ KITA menghukum gantung pencuri kecil dan melantik penyamun besar dalam pejabat awam .’ – Aesop Demokrasi Malaysia kini semakin maju dan berkembang rawak mengikut peredaran masa. Ini dapat dilihat dengan mengkaji senarai nama calon yang bertanding di seluruh negara. Semakin ramai calon Bebas yang bertanding tanpa jentera parti politik yang mampu membantu mereka; mereka amat yakin dengan proses demokrasi itu sendiri sehingga sanggup mempertaruhkan wang ringgit dan modal sosial masing-masing.   Ada beberapa tempat yang mempertandingkan sehingga lapan calon, contohnya di Parlimen Bangi. Malah, Parlimen Batu P115 melihat sehingga 10 orang calon yang bertanding untuk meraih undian daripada lebih kurang 113,000 orang rakyat yang layak mengundi. Ini bukan saja menggambarkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan proses demokrasi dalam negara. Sebaliknya, di satu sisi lain, calon bebas juga memberikan gambaran rakyat jelata tanpa sokongan parti politik besar sudah jemu dengan sajian pol...