Posts

Showing posts from May, 2021

Aku Sepasang Kasut Guru Tua (Tunas Cipta 18 Mei 2021)

BAHANG jalan tanah merah yang dipijak meruap naik dan meresap ke seluruh tubuhku. Batu-batu kerikil ada yang sesat dan melekat dalam alur pada tapakku. Debu-debu tanah merah yang naik setiap kali tapakku memijak, langsung melekap rapat dan menyelimuti keseluruhan tubuh hitamku. Daripada warna hitam berkilat yang aku banggakan, kini tubuhku sudah kelihatan begitu hodoh dek tompokan debu yang tidak segan mendampingiku. Melihatkan keadaan aku, tentu jelas kudratku sudah seperti lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. Tambah pula tapakku semakin tebal berkerak dengan tanah merah yang terlekat. Rupa parasku sudah terlalu tua untuk meneruskan khidmat. Terasa amat menyesakkan sekali perjalanan ini. Namun inilah tanggungjawabku saban hari; menemani perjalanan guru tua ini sehari-harian. Sudah masuk tahun kelima aku dikhadamkan guru tua ini. Untuk tempoh usiaku, aku sejujurnya sudah amat tua untuk tugas berat ini. Seperti tuanya guru tua yang menghambakan aku. Nan berat tidak terpikul, nan ...

Undang-undang jenayah sivil cilok peruntukan syariah? (Utusan Malaysia 7 Mei 2021)

Image
‘ BUDI pekerti yang tinggi adalah rasa malu terhadap diri sendiri .’ – Plato Menerusi penghakiman dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia & Satu Yang Lain , Yang Arif Hakim Abdul Wahab Patail telah memperincikan bidangkuasa jenayah bagi kesalahan melibatkan isu kesusilaan di bawah undang-undang jenayah sivil dan syariah. Bahagian Rogol dalam Bab XVI Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan melibatkan kehormatan dalam pada enakmen syariah pula, sebagai contoh di bawah Bahagian IV, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], memaktubkan kesalahan berhubung dengan kesusilaan.  Antara kesalahan yang disebut sebagai contoh jenayah melanggar kesusilaan adalah perbuatan sumbang mahram dan pelacuran. Apa yang menarik dalam penghakiman itu, Yang Arif Hakim telah menyebut kedua-dua kesalahan ini sebagai jenayah yang diperkemaskan di bawah enakmen syariah, secara eksklusif. Ini kerana pada masa penghakiman itu dibuat dal...