#DalamBerita: Kompaun Tidak Halang Rakyat Langgar SOP PKP
KUALA LUMPUR : Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia sejak tahun lalu memaksa kerajaan mengambil pendekatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki kali kedua. Serentak dengan pelaksanaan PKP, pihak berkuasa turut menggariskan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bagi membolehkan usaha membendung virus terbabit dapat digerakkan secara efektif. Dalam memastikan pematuhan rakyat terhadap SOP berada pada paras optimum, tindakan mengkompaun individu yang mengingkari PKP diperkenalkan dan jumlahnya semakin bertambah dari hari ke hari. Pelaksanaan PKP 2.0 sejak 16 Januari lalu menyaksikan peningkatan terhadap perlanggaran SOP, dan ia menimbulkan persoalan berhubung tahap kepatuhan sebenar rakyat. Statistik mendapati, seramai 10,851 individu sudah dikompaun sepanjang tempoh 20 hari pertama PKP 2.0, membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tidak memakai pelitup muka, kegagalan melaksanakan penjarakan fizikal dan aktiviti mere...