Skim mySalam langkah berbahaya? (Utusan Malaysia 30 Januari 2019)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0vu_DbbM5AgIp_ehWirgB8ivmzwn-3rJDjHs97Gyu5dZ8rjhoyl2-2l1Q7LZ1Cr93f27q2Dw80griEBMhlBA0oNJekYuVLML3uCDBHWUcgJAsNu_y8APRRL9nGYEZfi-Jgk6ca_bv08X1/s400/WhatsApp+Image+2019-02-23+at+11.00.11+AM.jpeg)
“POLITIK adalah cara merompak dunia. Politik adalah cara menggulingkan kekuasaan, untuk menikmati giliran berkuasa.” - WS Rendra. Pengumuman kerajaan melancarkan mySalam, yang merupakan skim insurans bagi golongan B40, adalah langkah yang amat berbahaya untuk jangka masa panjang. Walaupun kelihatan seperti kaedah untuk melindungi hak penjagaan kesihatan golongan B40, namun sebetulnya mengimport masuk skim insurans ke dalam sistem nasional hanya akan menghakis akses kesihatan yang sekarang ini sudah sedia ada terbuka untuk semua. Isyarat yang disampaikan adalah bahawa hanya golongan yang mempunyai insurans memiliki akses kepada dan perlindungan penuh penjagaan kesihatan. Dikhuatiri pada penghujungnya, sistem yang menjadikan insurans sebagai bahan sandaran akan memakan tuan apabila akan ada mereka yang memerlukan penjagaan kesihatan namun dinafikan hak kerana ketiadaan insurans atau takat perlindungan tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi bagi sistem insurans yang ...