Posts

Showing posts from October, 2018

Nasib Pak Pandir dalam Bajet 2019 (Utusan Malaysia 30 Oktober 2018)

Image
“ADIL adalah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.” - Buya HAMKA. Seawal 2 minggu lalu lagi, Perdana Menteri Malaysia telahpun menyuarakan hasrat dan amanat beliau bagi memberikan isyarat nilai yang akan ditumpukan dalam Belanjawan 2019. Melihatkan ekonomi negara yang tidak stabil sejak Pilihan Raya Umum Ke-14, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon rakyat negara ini, yang telah memberikan mandat kepada kerajaan untuk memerintah, agar turut sama merasakan tanggungjawab untuk berbelanja dengan lebih berhemah. ‘Bajet Korban’ yang akan dibentangkan menuntut agar rakyat Malaysia lebih berlapang dada dengan beberapa cukai baru yang akan dikenalkan dalam tahun 2019. Pakar bidang masing-masing sudahpun mula bersuara untuk memastikan peruntukan yang sesuai diberikan untuk penceburan mereka. Ada...

Di mana pergi hak pendidikan di Malaysia? (Utusan Malaysia 8 Oktober 2018)

Image
“IMAN tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.” - Buya Hamka. Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) pada 1995. Berkesinambungan daripada itu, Parlimen Malaysia telah memperkenalkan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]. Artikel 28 dan 29 CRC memperuntukkan hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan. Namun Malaysia telah merekodkan kekecualian kepada Artikel 28(1)(a) berkaitan dengan kewajipan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan asas secara percuma. Hal ini memberikan kesan langsung kepada kanak-kanak daripada komuniti orang tidak bernegara (OTB) dan komuniti pelarian kerana walaupun sudah wujud langkah-langkah untuk menerima kemasukan mereka ke sekolah kebangsaan, namun mengikut data yang dikeluarkan pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 2,500 orang kanak-kanak OTB yang sedang menunggu untuk didaftarkan ke sekolah. Sedangkan kanak-kanak pela­rian ha...

Saman Konspirasi menentang UMNO (Utusan Malaysia 3 Oktober)

Image
“ALAH mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.” - Peribahasa Melayu. Ini adalah peribahasa yang tepat menggambarkan mana-mana pemungkir janji yang bukan saja tidak segan meninggalkan ikrar mereka, tetapi lebih hebat lagi apabila mereka tanpa malu menentang pula mereka yang diberinya janji itu. Baik dalam perniagaan, hubungan sosial mahupun politik, setiap apa yang dijanjikan hanyalah beralaskan rasa amanah sesama manusia. Hilang amanah, berantakanlah dunia.   Baru-baru ini berlaku insiden ahli tertinggi parti Umno keluar parti beramai-ramai. Dek kerana kedudukan politik Umno yang dilihat bagai sambau di pintu kandang, sebarang berita yang menunjukkan kelemahan parti gayu ini sudah tentu akan memberikan kesan yang amat besar kepada imej dan reputasi Umno. Tidak dinafikan akan ada kerugian sama ada yang boleh dilihat mahupun yang tidak dapat diperikan.  Maka tidak janggal apabila Presiden Umno mengeluarkan kenyataan niat beliau untuk menyaman...