Tahana Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda Malaysia (Utusan Malaysia 26 Februari 2018)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLpIuMEAsul88-tjjN8f7h9NPwAbkUuDbk_czepmg9QQdToeSFax3Luw3nO_nFfuCGcD8W9SZ_ivT4uaW8DxKIQ6fqU_mbwlzh10mk6SIAf-2IGONWNTq_MWAMyTZYF3d2ZE-XtU-xpwPK/s320/Cakna+Kedudukan.jpeg)
“ADA ketika marak menyala, memercik api semangat bangsa, meletus gemuruh menyadap segala, menjadi alat perjuangan merdeka.” – Bahasa Bonda, Usman Awang. PADA 21 Februari lalu, dunia menyambut Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa sebagai memperingati pejuang-pejuang bahasa ibunda yang telah bergadai-golok memartabatkan bahasa ibunda masing-masing. Hari peringatan ini diangkat melalui Resolusi 30C/62, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bertarikh November 1999. Asalnya, tarikh bersejarah ini dipilih bagi mengenang perjuangan pelajar-pelajar Universiti Dhaka yang terkorban dalam Gerakan Bahasa 1952. Gerakan ini mendapat sokongan ramai pelajar Bengali yang menuntut agar bahasa Bengali diangkat sebagai bahasa kebangsaan di daerah Timur Pakistan (hari ini membentuk negara Bangladesh). Pendukung gerakan ini menentang pengisytiharan bahasa Urdu sebagai bahasa rasmi Timur Pakistan kerana ini dilihat sebagai langkah untuk menafikan hak kua...