Posts

Showing posts from July, 2017

Cadangan pindaan di bawah RUU 164 bukan jalan baik (Tanjak.my 18 Julai 2017)

Parlimen akan kembali bersidang bermula 24 Julai selama 12 hari dan walaupun aturan mesyuarat untuk sesi akan datang masih belum dikeluarkan, namun rata-rata sudah ramai yang tahu apa yang akan dibentangkan di mesyuarat Dewan Rakyat sesi ini. Antara pembentangan dan perdebatan yang akan menarik banyak perhatian tentu saja berkaitan dengan perdebatan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dan Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 (RUU 164). Apakah RUU 164? RUU 164 adalah cadangan pindaan ke atas Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164). Terdapat tujuh cadangan pindaan dalam RUU 164 namun yang menjadi isu kontroversi adalah beberapa cadangan peruntukan baru yang dilihat berupaya menghakis hak pasangan dan ibu bapa mualaf. Sejarah RUU 164 RUU 164 adalah sebuah Rang Undang-undang yang diusulkan oleh pihak kerajaan dan pada 21 Nov tahun lepas, Par...

Alangkah baiknya kalau Cik Boo Su-Lyn sedar diri (Tanjak.my 10 Jul 2017)

Walaupun Perkara 152 dan 161 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan haruslah digunakan dalam semua urusan rasmi negara, namun sehingga kini masih ramai rakyat Malaysia yang buta sejarah, tuli perundangan dan jahil naratif kebangsaan hinggakan mereka dengan tega menidakkan apa yang sudah jelas termaktub. Antara mereka yang jahil ini adalah Cik Boo Su-Lyn yang dengan riaknya bertanya “Jika orang luar boleh berbahasa Inggeris, mengapa tidak rakyat Malaysia?” Apa yang membuatkan Cik Boo (gambar atas) begitu meroyan sehinggakan dia tergamak mempersoalkan kebolehan rakyat Malaysia untuk berbahasa Inggeris dengan baik? Mengikut penceritaan beliau sendiri, soalan yang diajukan adalah bertitik tolak daripada pengalaman peribadinya. Menurut Cik Boo, beliau terkesima apabila mendapati pegawai-pegawai polis yang ditugaskan di kawasan ‘elit’ kelas menengah atas, yakni dalam kawasan Taman Tun Dr Ismail, gagal untuk menggunakan bahasa Ingge...

Menghidupkan budi dalam bersosial (Utusan Malaysia 3 Julai 2017)

Image
GAMAT negara baru-baru ini dengan insiden buli yang mengakibatkan kematian seorang pelajar universiti tempatan. Walaupun ini bukanlah kes buli pertama, dan mustahil juga yang terakhir di negara ini, namun kebuasan dan kekejaman luar biasa melingkari fakta kes yang diperoleh daripada penyiasatan polis amat menggemparkan. Kesan luka yang didapati dalam pemeriksaan autopsi menunjukkan mangsa bukan saja dibuli secara fizikal tetapi telah diseksa dengan dahsyat sekali. Lebih malang lagi, berita kematian mahasiswa Zulfarhan Osman Zulkarnain disusuli pula dengan be­rita kes buli T. Nhaveen yang juga menyebabkan kematian. Beberapa bulan sebelum itu, jika kita masih ingat, seorang suri rumah Chay Lay Lee dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia; dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang lagi pembantu rumahnya berbangsa Kemboja. Di mana perginya rasa belas kasihan yang sepatutnya wujud secara semula...