Posts

Showing posts from May, 2024

Agama bukan hak ekslusif orang heteroseksual (Utusan Malaysia 10 Mei 2024)

Image
“ SENGSARALAH orang-orang yang menjadi tempat memesan fatwa untuk menghalalkan barang yang haram, kerana ingin mendapat pujian dan pandai menyesuaikan diri .” – Buya Hamka  Semasa sesi Semakan Berkala Sejagat Pusingan Keempat ke atas negara Malaysia berlangsung pada 25 Januari yang lalu, antara isu yang disentuh sudah tentu melibatkan hak asasi golongan minoriti termasuklah golongan lesbian, gay, bisseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dalam skop isu orientasi seksual serta identiti dan ekspresi gender (SOGIE). 14 syor diberikan oleh pelbagai wakil negara luar agar kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah memastikan tiada diskriminasi dilakukan terhadap mana-mana orang atas dasar SOGIE orang itu.  Saya yakin isu yang sama akan turut diulas dan diketengahkan dalam semakan ke atas Malaysia bersempena sesi ke-88 Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang akan bersidang di Geneva pada hujung bulan ini. Malah, dalam laporan pihak berkepentin...