Menunggang agama juga mempersenda agama (Utusan Malaysia 8 Disember 2023)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkIhL63TXH4VA-tJtBqChNft0taXCEUEBXy6KSyT8UCrhHX5gJTKYzOJf_VvXQKtk5D6tPgmri7PrXrEC2aKNrTXJbPySmV8xu0lyDA4qtjiqqVOpLFjYnYZ9sU7cmPJXW4JjYkvbESGTkSLSWRXz5tWNdwYEfyQGqZLCb7foUTtni2uvNAPKqt0PfJ3Mg/w496-h640/202312.jpg)
‘ SEBAB itu ajaran Nabi (saw) menyebabkan orang tidak dapat diperhambakan oleh benda, oleh minuman keras, oleh rokok, oleh wanita, oleh harta, oleh takhta. Singkirkan segala berhala, segala pemujaan kepada yang selain Allah. Singkirkan mendewa-dewakan manusia .’ – Buya Hamka. Jika dulu masyarakat disajikan dengan hiburan yang dilihat membazir masa dengan prinsip utama hiburan adalah semata-mata bagi menghiburkan orang ramai. Namun kini hiburan disulam-seli dengan prinsip keagamaan. Hiburan tidak lagi dikecam bahkan diterima sebagai sebahagian daripada matlamat hidup. Zaman ini di mana masyarakat dahagakan suktikan agama dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh kekalutan, tumbuh mencanak selebriti berimej keagamaan menjadi tokoh sosial. Mereka dijulang sebagai ikon dakwah di kalangan anak muda sehingga ada yang menggelar mereka sebagai pempengaruh keislaman. Dengan wajah polos suci, mereka menyulam bait-bait bagi memperniagakan kelembutan Islam sebagai seni dagangan. Ada ...