Relevankah Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa? (Utusan Malaysia 3 November 2023)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDtAgruApKXI29uYswc9zkAgxADqEZDoCIE6yYzm5OmOH3HnV4rg4rP-G2gMrO4Xi5iEq2qS96Y-QuCbFEDk633SIz-ldKprXhbBKezN1ewhx1kvw40Lw-Dl0EzXc1dCYPylqCNM7lW77EU1a-ZTAXKECj6hg_nUwwAVkIttsEKvGeLbRqjrm23GYIRKEh/w496-h640/202311.jpg)
‘ Dan bahawa orang-orang yang beriman dan bertaqwa bersatu menghadapi siapa saja yang berlaku curang atau aniaya kepada mereka, atau berbuat dosa, atau bermusuhan, atau merosak terhadap orang-orang beriman .’ – Buya Hamka. Sudah hampir sebulan konflik di antara negara haram, Israel dan kumpulan militar Hamas berterusan dengan jumlah kehilangan nyawa hampir mencecah 10,000, menjadikan konflik terkini sebagai konflik yang paling berdarah dalam ketegangan di antara tentera Israel dan rakyat Palestin. Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 27 Oktober yang lalu telah menerima resolusi menyeru gencatan senjata di antara Israel-Palestin dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi. 14 negara yang mengundi untuk menentang genjatan senjata merupakan negara Israel dan sekutu-sekutunya yakni Amerika Syarikat, Fiji, Marshall Islands, Micronesia, Guatemala, Nauru, Papua New Guinea, Paraguay, dan Tonga. Selain seruan gencatan senjata, resolusi sama turut me...