#DalamBerita: Penubuhan Pasukan Khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak

Kewujudan masalah hyper seksualiti dalam kalangan pelaku akibat pendedahan kandungan pornografi yang berlebihan atas talian, amat membimbangkan kerana ia menyebabkan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Ketua Biro Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Fatihah Iliani Jamhari berkata penubuhan dua terma baharu iaitu Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) amat membantu bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan pasukan khas di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Tonton berita penuh:

https://www.facebook.com/tvpertiwi/videos/862925081443161

*Disiarkan dalam TV Pertiwi.

Comments

Popular posts from this blog

Kebebasan Bersuara Yang Tidak Sama Rata (Unpublished 5 Jun 2017)

Menyusukan kera di hutan biarpun anak di rumah kebuluran! (Utusan Malaysia 12 Jul 2024)

Keadilan buat Penyewa – Tuan Rumah (Utusan Malaysia 7 Julai 2023)