Posts

Showing posts from February, 2023

#DalamBerita: Penubuhan Pasukan Khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak

Kewujudan masalah hyper seksualiti dalam kalangan pelaku akibat pendedahan kandungan pornografi yang berlebihan atas talian, amat membimbangkan kerana ia menyebabkan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Ketua Biro Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Fatihah Iliani Jamhari berkata penubuhan dua terma baharu iaitu Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) amat membantu bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan pasukan khas di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Tonton berita penuh: https://www.facebook.com/tvpertiwi/videos/862925081443161 *Disiarkan dalam T...

Peguam yang menempah neraka (Utusan Malaysia 10 Feb 2023)

Image
‘ TIADA peguam bela dan peguam cara sepatutnya menerima arahan dalam kes, di mana dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kelakuan profesionalnya sendiri berkemungkinan akan dipertikaikan .’ – Peraturan 4, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978. Tidak sangka, pejam celik sudah 12 tahun saya beramal dalam profesion undang-undang. Profesion elit ini telah banyak mendewasakan saya. Saya berterima kasih kepada ramai mentor di atas setiap pengajaran mereka sepanjang saya beramal. Begitu juga kepada para peguam yang saya kenali, sama ada sebagai rakan sepasukan semasa mengendalikan kes mahupun pihak lawan yang menjengkelkan, kerana mereka juga banyak menyedarkan peripenting etika dan ketelusan dalam pembentukan integriti seorang peguam. Ilmu yang masih saya cuba pelajari sehingga ke hari ini.   Tanpa etika, kesopanan dan integriti, peguam dalam amalan ini tidak lebih daripada langau yang merosakkan daging yang baik. Diberikan tanggungjawab untu...