Posts

Showing posts from August, 2022

Masyarakat cakna kehormatan (Utusan Malaysia 24 Ogos 2022)

Image
“ Diriwayatkan daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Tidak ada kebijaksanaan lebih baik daripada renungan, dan tidak ada kehormatan lebih baik daripada akhlak yang mulia’ .” – Sunan Ibn Majah 4218. Martabat yang diberikan kepada akhlak mulia dalam kehidupan seharian menggambarkan kehormatan seseorang itu. Bahkan, kehormatan bukan saja diberikan kepada ahli masyarakat tetapi lebih utama, kehormatan yang dipelihara dalam diri sendiri. Tanpa kehormatan, manusia akan hidup tidak lebih baik daripada haiwan yang masih bergelumang dengan naluri semula jadi tanpa mengendahkan peradaban dan ketamadunan.  Tidak pelik mengapa pemeliharaan kehormatan adalah asas kepada hak asasi seperti yang diterapkan dalam banyak konvensyen hak asasi manusia di peringkat serantau dan antarabangsa. Sebagai misalan, dalam Artikel 1 Deklarasi Kaherah tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam (CDHRI) yang menyatakan “Setiap manusia membentuk satu keluarga yang anggotanya disatukan oleh penyerahan mereka k...

Manusia rosak hati dan akal di alam maya (Utusan Malaysia 12 Ogos 2022)

Image
“ Cinta itu ialah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia; ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah daripada embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji .” – Buya HAMKA. Sekali lagi negara kehilangan sumber manusia yang memilih untuk mengakhiri nyawanya sendiri kerana tidak tahan dengan penindasan emosi akibat dibuli secara maya. Isu ini pernah meletup pada tahun 2020 apabila seorang belia wanita membunuh diri selepas menerima kecaman akibat memuat naik video di laman TikTok yang menampilkan rakan sekerjanya yang berbangsa asing.  Meskipun tindakan membuli secara maya telahpun dijadikan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimed...