Posts

Showing posts from July, 2022

Penceraian yang menjaga kehormatan (Utusan Malaysia 11 Julai 2022)

Image
“ SIAPA yang menabur kebajikan, dapat menuai kehormatan .” - Leonardo da Vinci.               Sering kali apabilia berlaku penceraian, kes akan menjadi rumit dengan emosi dan ego kedua-dua belah pihak menjadi pemandu utama penentu hala tuju perpisahan itu. Kisah silam yang panjang diungkit dan diadu domba untuk tontonan masyarakat sekeliling bagi meraih simpati dan sokongan. Tiada pihak yang ingin mengaku perkahwinan yang didirikan untuk kekal selama-lamanya sehingga hujung nyawa dan sampai jasad menjadi debu, terkandas di tengah jalan atas kesalahan diri sendiri.             Kerap berkumandang saban hari di mahkamah keluarga yang mendengari permohonan penceraian, banyak pasangan-pasangan memberikan pelbagai jenis alasan untuk menidakkan kesalahan dan kealpaan diri mereka sendiri sehingga penceraian menjadi jalan pengakhir perkahwinan mereka. Tiada siapa yang mahu men...

#DalamBerita: Ibu Didakwa Buat Hantaran Gambar Lucah

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2022 – Seorang ibu berumur 25 tahun yang berdepan dakwaan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter telah didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan. Walau bagaimanapun, Amira Nur Afiqah Agus Salim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran dengan memuat naik gambar lucah di akaun Twitter ‘@amiranafqh tahun lepas. Wanita yang merupakan ibu kepada seorang anak tersebut selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Norhasniah Abdul Razak di Mahkamah Seksyen di Kuala Lumpur. Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Nur Nazhzilah Mohamad Hashim mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin...

#DalamBerita: Gangguan Seksual Peguam Wanita: Suspek Lupa Malaysia Ada Undang-Undang – Fatihah Jamhari

KUALA LUMPUR, 06 Julai 2022 – “Pada 19 September 2020 saya telah diganggu secara seksual apabila saya menerima hantaran yang jelik, lucah dan sumbang daripada seorang wanita yang telah tanpa rasa segan mahupun bersalah menghantar gambar pelbagai kemaluan wanita kepada saya secara terbuka di Twitter,” ujar peguam, Fatihah Jamhari. Menurutnya, mungkin suspek dan orang ramai lupa bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang jelas terhadap Gangguan Seksual di bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta pelbagai lagi Akta Parlimen yang masih berkuatkuasa. “Saya telah menasihati ramai orang berulang kali untuk menggunakan peruntukan yang terdapat dalam kerangka perundangan sedia ada untuk memerangi Gangguan Seksual dan pada 20 September 2020 yang lalu, malangnya saya sendiri terpaksa memanfaatkan peruntukan-peruntukan ini bagi memelihara kehormatan diri saya dan kesantunan masyarakat di sekeliling saya,” tegasnya. Beliau yang juga Setiausaha Kehormat, Gabungan Pertubuhan...

#DalamBerita: Pertuduhan Kes Gangguan Seksual Peguam Wanita Dibaca Esok

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Satu laporan polis telah dibuat oleh Fatihah Jamhari, seorang peguam ke atas beberapa orang pengguna Twitter atas dakwaan melakukan gangguan seksual. Gangguan seksual itu berkaitan dengan isu ilustrasi grafik satu jenama tuala wanita yang pernah menjadi kontroversi di kalangan pengguna media sosial pada tahun lalu. Isu itu bermula apabila Fatihah Jamhari membalas satu ciapan yang disifatkan sebagai mempertahankan ilustrasi jenama tuala wanita tersebut. Namun, jawapannya telah menimbulkan perang komen di laman Twitter ciapan tersebut sehinggalah salah seorang pengguna Twitter bertindak melampirkan sekali gambar kemaluan wanita. Samudera.my dimaklumkan bahawa pertuduhan kes ini akan dibaca esok di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Puan Nor Hasniah Ab Razak. * Disiarkan dalam Samudera.my .