Trend Mencabar Perundangan Syariah (Utusan Malaysia 5 Mac 2021)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjf14rujKtliYGAEMERw5-s66yelDHaeQBTmGt2LKXI2J9nKj8-gO8BNgYjqcuxidNwPwrfTJvih0YuM6wGRSpGZkd0s9JM-1TcuUrWwsVFaUWFi1T2bEjnQioqDfkI5uHHawRYVGAYu48r/w524-h640/156473999_10156683993052614_1474351231942435873_o.jpg)
“Berusahalah menjadi orang Islam yang berani menunjukkan jati diri yang sebenarnya, bukan dengan ingin menyembunyikannya.” – K.H. Ahmad Dahlan Gegak-gempita ruang polemik di Malaysia apabila baru-baru ini Mahkamah Persekutuan membatalkan keabsahan peruntukan di bawah enakmen Syariah. Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 diputuskan tidak berperlembagan dan tidak sah kerana memperuntukkan kesalahan melakukan seks luar tabii sebagai jenayah, sedangkan yang sama sudah diperuntukkan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan. Alasan Penghakiman menyatakan bahawa Seksyen 28 bercanggah dengan Item 1 Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa badan perundangan negeri tidak mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan. Maka amatlah jelas bahawa peruntukan yang melibatkan kesalahan yang sudahpun diperuntukkan di bawah akta persekutuan tidak boleh diwartakan sebagai kesalahan syariah di bawah enakmen ne...