Posts

Showing posts from March, 2020

Menentang Islamophobia melalui Rangka Perundangan di Malaysia (Sinar Harian 16 Mac 2020)

Image
Insiden prejudis atau kebencian berlandaskan sentimen Islamophobia semakin merawak dalam masyarakat dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Ini terbukti dengan penahanan dan pertuduhan terhadap beberapa individu yang tidak segan untuk mengeji atau menghina agama Islam, umat Islam mahupun figura Islam sejak kebelakangan ini, terutama di media sosial.  Majlis Eropah menterjemahkan Islamophobia sebagai ‘ketakutan atau pandangan prejudis terhadap Islam, umat Islam dan hal-hal berkaitan dengan Islam.’ Majlis Eropah turut mengklasifikasikan Islamophobia, sama ada dimanifestasi dalam bentuk bentuk diskriminasi harian atau dalam bentuk yang lebih ganas, sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan ancaman terhadap perpaduan sosial. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengulas bahawa propaganda anti-Islam, termasuklah Islamophobia, di dunia hari ini telah menjadi tidak terkawal dan beliau merasakan sudah menjadi mustahak untuk negara-negara Islam menjelaska...