Keadilan yang dinafikan (Utusan Malaysia 10 Jun 2019)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2aE_Liq1PIqoxIhKY02wEaHe0ygYlBCozDT258ueFmlPBM3DfO8JQemyTiI6dLEkGeTqRXAI2LvYQV4zM4cDOPcJmKM4ay_OwOt5KAEt9XunlirppE-R7HgHU0pvOOIi5o_vtJLSK4my3/s400/Keadilan+yang+dinafikan.jpg)
“JANGAN perdebatkan soal keadilan sebab keadilan bukan untuk diperdebatkan.” – Iwan Fals. Keadilan adalah meletakkan hak kepada tempat yang sewajarnya. Ini termasuklah memastikan setiap yang bersalah menerima hukuman setimpal. Menidakkan hukuman kepada pesalah bukan sahaja menafikan hak pembelaan mangsa yang menerima kesan daripada tingkah laku pesalah tetapi juga meletakkan keselamatan masyarakat dalam bahaya, pesalah masih bebas untuk mengulangi kesalahannya tanpa sebarang kesan. Untuk kesekian kali, kisah kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim kembali hangat diperdebatkan. Inkues yang sepatutnya menghampiri penghujung, masih berterusan dilanda skandal dan drama. Terbaharu, penarikan diri peguam Syazlin Mansor daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga Muhammad Adib. Selepas 36 hari memperkenalkan diri sebagai peguam mewakili pihak-pihak ini, akhirnya Peguam Negara menegaskan kononnya wujud perca...