Posts

Showing posts from April, 2019

Fitnah aktivis hak asasi manusia (Utusan Malaysia 23 April 2019)

Image
“BERAPA pun cepatnya kebohongan itu, namun kebenaran akan mengejarnya juga.” - Tan Malaka. Walaupun mesyuarat untuk Semakan Berkala Sejagat (UPR) sudah tamat dan negara sudahpun memberikan maklum balas syor mana yang akan diberikan komitmen negara, namun sketsa drama masih bersambung. Amat menyedihkan apabila landasan yang diwujudkan untuk menyemarakkan perjuangan meraih kebebasan dan hak asasi manusia (HAM) disalahgunakan untuk memfitnah negara. Terbaharu apabila seorang aktivis HAM mendengking marahkan tindakan Polis DiRaja Malaysia memanggilnya untuk memberi keterangan dalam siasatan ke atas perucapannya di dalam mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 14 Mac yang lalu. Antara perkara yang disiasat adalah fitnahnya ke atas Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang diselar sebagai program kerajaan yang membiayai keganasan ke atas golongan LGBT. Fitnah besar ini bukan saja memburukka...