‘Dalang’ jenayah kebencian (Utusan Malaysia 26 Mac 2019)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmG-7lIRuCMIF_O1LMb_TjlsPue4E7oQgmFl8nfxv3QwaqpyualNJ0K__FtpJGUtKq7aVBhct3ERQb6_CiRyAjyaZ19SXm_WoMKxW_StRW0xZdxAuw4jeJjFcn3QUUvirfrCbz_3cEftp0/s400/WhatsApp+Image+2019-04-22+at+9.46.00+AM.jpeg)
“Kebencian membunuh, (sedangkan) cinta tidak pernah mati, itulah yang membezakan antara keduanya. Apa yang diperoleh cinta, akan selalu abadi. Apa yang diperoleh benci, akan menjadi beban hidup kerana kebencian akan melahirkan lebih banyak kebencian baru.” - Mahatma Gandhi. Dalam pada dunia masih gamat lewat kejadian pembunuhan beramai-ramai di Christchurch, ramai pula politikus di Malaysia menjadikan tragedi ini sebagai modal dengkul politik. Di Christchurch, tragedi ini akhirnya menjadi titik penyatuan yang menguatkan lagi sikap toleransi dan kasih sayang di antara penduduk yang berlainan kaum dan agama di New Zealand. Sebaliknya di Malaysia, amat pelik apabila tragedi ini dimuslihatkan untuk menyemarakkan perpecahan kaum. Tidak hairan ada politikus bukan Melayu-Islam yang dek kerana ketakutan dan kebencian mendalam mereka kepada kesatuan orang Melayu-Islam, mereka terpekik lolong mengatakan kaum majoriti di Malaysia adalah bakal pengganas yang akan merosakkan nega...