Posts

Showing posts from February, 2019

Hiburan yang menjahanamkan generasi muda (Utusan Malaysia 19 Februari 2019)

Image
“DI banyak negara saat ini, norma-norma moral dan etika sedang dipertimbangkan kembali; tradisi nasional, perbezaan bangsa dan budaya sedang dihapuskan.” - Vladimir Putin. Lewat 2013, nama Putin melonjak naik dalam media saat beliau menghentam gerakan global yang mengetengahkan idea kesamarataan berdasarkan buram liberalisme termasuklah gerakan untuk menormalkan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ketika dunia Eropah terkinja-kinja memperhebat ‘propaganda gay’ menuntut lebih banyak lagi hak-hak asasi golongan LGBT, Putin dengan berani dan lantang mengecam gerakan ini. Kesan kelantangan ini, beliau dikritik hebat oleh tokoh-tokoh dari negara luar yang menyokong pengiktirafan hak-hak LGBT. Mereka yang menentang gaya hidup songsang dan menyokong nilai-nilai tradisi sekarang dilihat sebagai golongan jumud yang menindas sedangkan golongan LGBT yang memporak-perandakan fabrik sosial diangkat dan dijulang sebagai pejuang kebebasan. Inilah prop...

Perintah berkurung: Mengasuh atau memasung? (Utusan Malaysia 14 Februari 2019)

Image
“APA yang dapat anda lakukan untuk mempromosikan perdamaian dunia? Pulanglah dan cintai keluarga anda.” - Mother Theresa. Undang-undang hanyalah satu bentuk kawalan keras ke atas masyarakat dalam memastikan kesejahteraan, ketenteraman dan keselamatan negara diselia dengan baik. Demi tujuan ini sebarang permasalahan sosial dalam masyarakat juga dikawal mengikut buram perundangan bagi memastikan kecelaruan sosial tidak menjejaskan negara. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan cadangan untuk memperkenalkan perintah berkurung bagi kanak-kanak bawah 18 tahun. Ramai yang memberikan reaksi negatif kepada cadangan itu dengan rata-rata berpendapat bahawa sebarang bentuk kawalan ke atas kanak-kanak seharusnya ditentukan oleh ibu bapa mereka sendiri. Tetapi pandangan ini tidak mengambil kira permasalahan yang sudah kerap timbul apabila zaman moden, yang melihat kebangkitan pesat teknologi, semakin melumpuhkan institusi kekeluargaan. Hampir dua tahun lalu negara dikejutkan ...

Undang-undang perisai angkuh pihak berkuasa (Utusan Malaysia 7 Februari 2019)

Image
“KEMUNDURAN negara tidak akan terjadi kalau tidak kemunduran budi dan kekusutan jiwa.” - Buya Hamka. Semasa parti-parti politik di bawah Pakatan Harapan (PH) memainkan peranan sebagai pembangkang dahulu, berkobar-kobar ahli-ahli politik mereka membantah tentang kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia. Semua yang bercanggah dengan pandangan tirus mereka akan dibantah keras yang mungkin dan diungkit berkali-kali untuk menunjukkan kerosakan dalam kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN). Namun kini selepas rakyat memberikan mandat mahal kepada PH untuk memimpin negara, mereka yang dahulu meludah ke langit, terpaksa menjilatnya semula yang terpalit pada muka sendiri. Kesalahan dahulu dikatakan dosa besar di bawah BN kini diulang guna dengan pelbagai alasan; ada yang boleh diterima budi, selalunya memperbudakkan akal. Dahulu semasa kerajaan di bawah BN memperkenalkan undang-undang yang menyekat kebebasan, ahli politik PH ramai yang bangkit memanggil...