Adib: Mansuh hukuman mati? (Utusan Malaysia 20 Disember 2018)

“KALAU ahli perundangan tak berasa tersinggung kerana pelanggaran undang-undang, sebaiknya dia jadi tukang sapu jalanan.” - Pramoedya Ananta Toer Setelah berjuang nyawa hampir sebulan, akhirnya Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, menghembuskan nafas akhir beliau untuk kembali mendakap Sang Pencipta. Segala macam spekulasi tentang reaksi masyarakat timbul yang menyemarakkan lagi api perkauman. Rata-rata masyarakat melihat pemergian perwira negara ini berpunca daripada kegagalan kerajaan untuk membendung isu ini dengan baik, tambahan lagi apabila ada pula ahli politik yang bengap dengan penuh angkuh memainkan sentimen perkauman. Masyarakat tegas mendesak agar hukuman setimpal diberikan kepada mereka yang telah membunuh seorang ahli bomba dan penyelamat, yang hanya berada dalam kawasan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman untuk menjalankan amanah yang terletak di pundaknya. Keadilan dunia menuntut segala kesalahan haruslah diadili mengikut sistem perundangan yang ada. Tapi bagaimana...