Hak asasi manusia melalui UPR (Utusan Malaysia 8 November 2018)
KHAMIS ini takat kelangsungan hak asasi manusia (HAM) di Malaysia akan disemak untuk kali ketiga di Majlis Hak Asasi, Pertubuhan Hak Asasi Manusia (PBB). Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) hanya berlaku setiap lima tahun sekali. Maka landasan ini haruslah digunakan sebaiknya untuk memastikan negara dapat menambah baik lagi pemakaian HAM sedia ada. UPR akan dimulakan dengan wakil Majlis Hak Asasi, PBB menjemput ahli delegasi Malaysia yang selalunya diwakili oleh pegawai Kementerian Luar dan beberapa badan kerajaan lain untuk menyampaikan pembentangan Laporan Negara Dalam Semakan (SUR). Selanjutnya persidangan semakan UPR akan membenarkan ahli-ahli delegasi negara luar untuk memberikan ulasan dan pandangan mereka kepada wakil Malaysia tentang isu-isu HAM yang dilihat penting sedang berlaku di Malaysia. Wakil negara Malaysia akan diberikan sedikit ruang untuk menjelaskan sebarang persoalan yang ditanya oleh ahli negara luar atau menyatakan kedudukan Malaysia berkenaan dengan m...