Posts

Showing posts from August, 2018

Mendidik pemimpin Malaysia yang buta tauladan (FMT 24 Ogos 2018)

Harga nyawa rakyat dalam TPPA Sejak 2013 lagi, gabungan masyarakat madani seperti Bantah TPPA telah bangkit menentang pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Di bawah gabungan ini, masyarakat madani melepaskan perbezaan pegangan agama, bangsa, mahupun politik untuk menyatakan gema suara yang senada. Antara tuntutan yang dibawa oleh gabungan NGO ini adalah agar kerajaan Malaysia tidak menandatangani perjanjian tersebut oleh kerana pelbagai kesan yang tidak memihak kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Antaranya, TPPA mengikat keupayaan negara-negara ahli dalam hal membentuk dasar ekonomi negara, yang mana sebarang undang-undang atau polisi yang dibuat kerajaan haruslah mengambil kira terma TPPA dan memastikan polisi itu tidak menggugat penglibatan pelabur luar di pasaran Malaysia. Sepatutnya dalam mana-mana negara yang berdaulat, kepentingan utama yang harus dipelihara kerajaan yang memerintah hanyalah kepentingan rakyat yang mereka wakili. Namu...

Ekonomi Malaysia buta teladan? (Utusan Malaysia 20 Ogos 2018)

Image
RAKYAT Malaysia patut ‘berterima kasih’ kepada Donald Trump kerana membatalkan niat Amerika Syarikat (AS) untuk meneruskan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Jika tidak, banyak bundak yang akan tercipta dalam ekonomi Malaysia. Kebobrokan ekonomi di AS sudah jelas apabila mereka hanya memperkayakan golongan bourgeoisie dalam pada berterusan meminggirkan golongan murba terutama yang rentan. Jika kita meneruskan dengan TPPA, tentu sahaja sistem ekonomi negara akan dijangkiti juga barah yang membusung di AS. Selepas bersilat dengan penarikan AS daripada TPPA, timbul pula Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang antara lain memperuntukkan kawalan ke atas monopoli syarikat milik kerajaan (GLC) kepunyaan negara-negara ahli. Peruntukan di bawah Klausa 17 CPTPP akan memberi kesan yang besar kepada GLC seperti Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Telekom Malaysia (TM) yang selama ini mendapat perlindungan pasaran melalui pe...

Kedaifan Bajau Laut, kegagalan kita semua (Utusan Malaysia 7 Ogos 2018)

Image
“KEMERDEKAAN suatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa.” - Buya Hamka. Pada awal Julai lalu, Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah (Gannos) menganggarkan wujud hampir 800,000 individu di Sabah yang didakwa tidak bernegara atau tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri menyatakan terdapat lebih 2,500 kanak-kanak tidak bernegara yang sedang menunggu untuk didaftarkan masuk ke mana-mana sekolah kebangsaan. Sukar untuk mendapatkan angka tepat bagi memastikan jumlah sebenar orang tidak bernegara (OTB) memandangkan kewujudan mereka tidak direkodkan melalui pemberian dokumen pengenalan diri. Tanpa kewarganegaraan yang diberikan oleh mana-mana kerajaan, OTB hidup di luar radar sebagai persona non grata. Keadaan ini menjadi lebih buruk lagi apabila wujud dasar dan faktor yang menyukarkan pendaftaran kanak-kanak yang lahir di kawasan pedalaman. Sebagai contoh, di beberapa kawasan pedalaman Sabah, pas...