Posts

Showing posts from July, 2018

Bobroknya tuntutan menerima LGBT (Utusan Malaysia 17 Julai 2018)

Image
“ORANG berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri.” - Buya Hamka.  Mutakhir ini makin kerap diperdebatkan dengan hangat sekali tuntutan penerimaan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ramai yang menghujahkan agar pengamal LGBT diterima dalam masyarakat atas alasan merit yang mampu mereka sumbangkan kepada pembangunan negara. Ada dalam kalangan pengamal dan penyokong LGBT yang membahaskan bahawa selagi mana amalan hidup songsang mereka tidak mengganggu ke­amanan negara, tiada salahnya mereka wujud sama taraf de­ngan mana-mana rakyat lain. Di sini silapnya falasi yang dihujahkan mereka. Sebarang kebobrokan yang diterima sebagai normal hanya akan menjadikan kepincangan berakar umbi dalam kehidupan bermasyarakat. Mengikut teori yang dikemukakan oleh pakar kriminologi Michael Gottfredson dan Travis Hirschi sejak 1990 lagi, kecenderungan seseorang untuk melakukan jenayah adalah berkait rapat dengan kawalan diri individu itu. Teori...

Mengkhianati bahasa Melayu (Utusan Malaysia 2 Julai 2018)

Image
PADA Jumaat lalu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) telah menganjurkan demonstrasi bagi membantah penggunaan bahasa asing dalam urusan rasmi kerajaan. Bantahan ini dirasakan perlu selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Mandarin. Tokoh negarawan yang menghadiri perhimpunan itu menganggap wujud kewajipan ke atas rakyat untuk mengingatkan menteri-menteri di Malaysia tentang angkat sumpah yang mereka ikrarkan semasa pelantikan mereka. Ini termasuklah ikrar untuk menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan seperti yang dimaktubkan di bawah Jadual Keenam, Perlembagaan Persekutuan. Ikrar ini turut merangkumi peruntukan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 152 menyebut bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris hanya boleh dipakai dalam tempoh terhad selama 10 tahun sele...