Sudah matikah bangsa Melayu? (Utusan Malaysia 26 Jun 2018)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaThLqzUjjXjzFx8ERrrLnIXdWGkZrTKt53jfmGXL2V051QYOBS_7dfz3VSjp8V5dCCYj4EP0E6TXgMTvETRWCJJa9HfMcYPLcwdo_JfSN5EdIJmhqu05x87duLXbAmG1xGzBc-Y-q_Qfo/s320/WhatsApp+Image+2018-06-26+at+9.45.10+AM.jpeg)
“TEGAK rumah kerana sendi, runtuh budi rumah binasa, sendi bangsa ialah budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.” - Buya Hamka. Sambutan Aidilfitri adalah bagi meraikan kemenangan umat Islam dalam keupayaan menundukkan nafsu agar kembali kepada fitrah yang dijadikan Pencipta. Hari yang penting ini sewajarnya digunakan sebagai penanda dalam mendidik diri untuk menghormati tatatertib bersosial. Ini termasuklah menjaga adab dalam pertuturan yang menjadi penggalas kehidupan bermasyarakat. Namun, entah apa yang merasuki bangsa Melayu yang kononnya mendukung agama Islam di negara ini. Melayu seolah-olah hidup di hujung nyawa. Takrifan di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mengikat seseorang ‘Melayu’ itu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat Melayu. Takrifan ini memahatkan tiga prasyarat sebelum seseorang itu boleh mengaku diri mereka sebagai ‘orang Melayu’; dia hendaklah menjaga agama, bahasa dan budaya. Tetapi, su...