Posts

Showing posts from May, 2018

Pembentukan blok ketiga sebagai pejuang (Utusan Malaysia 29 Mei 2018)

PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berakhir dengan kejutan demi kejutan. Bermula dengan desas-desus pelantikan ahli Kabinet, pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembentukan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dan Majlis Penasihat Kerajaan (COC), diikuti dengan penyiasatan skandal 1MDB serta penyitaan harta benda daripada beberapa ahli po­litik tanah air. Rakyat Malaysia sentiasa du­duk dalam keadaan panas punggung menantikan kejutan seterusnya. Dalam pada menanti kejutan berikutnya, rakyat terus kaget. Ramai yang masih tidak yakin dengan pembaharuan yang sedang berlaku dan menyuarakan kegusaran ini melalui petisyen dan desakan di portal atas talian serta media sosial. Ada berpendapat pembaharuan yang cuba dilakukan kerajaan terlalu dangkal. Sedangkan ada pula berpendapat pembaharuan yang dirancang adalah keterlaluan sehingga boleh kecamukan sistem. Ketika rakyat menerawang berhadapan pembaharuan ini, pihak pemerhati daripada Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera masih be...

Ketirisan kepimpinan dalam PRU-14 (Utusan Malaysia 14 Mei 2018)

Image
RAKYAT Malaysia telah membuktikan kebenaran kata-kata Abraham Lincoln: “Undi adalah lebih ber­kuasa daripada gotri.” Dengan merealisasikan proses demokrasi yang matang, rakyat telah mencipta sejarah dan menukar tampuk kepimpinan negara selepas hampir 61 tahun Malaysia selesa dipimpin gabungan yang sama. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan dipahatkan dalam sejarah Malaysia bukan saja kerana peralihan kuasa yang berlaku buat pertama kali tetapi juga kerana keunikan proses pemilihan ahli-ahli politik sebagai pucuk pimpinan negara. Di beberapa tempat, kita boleh lihat bagaimana Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipilih adalah berbeza parti gabungan dengan Ahli Parlimen yang diundi. Contohnya di Kedah, di bawah kerusi Parlimen P012 Jerai, terdapat tiga kerusi DUN dan setiap satu diisi dengan calon daripada parti-parti gabungan yang berbeza. Walaupun kerusi Parlimen P012 dimenangi calon daripada Gagasan Sejahtera (GS), namun hanya kerusi DUN N20 Sungai Limau saja yang tu...

#UndiRosak in the age of hyper partisanship (Tanjak.my 02 May 2018)

The majority of Malaysian voters are youth below 40 whom are perhaps even eager to do our duty as citizens. Yet many remain despondent and uncertain. The reasons for this are aplenty but in gist, it’s the dejection we feel with regard to any and all political entities in the country. If one is to opt for the ruling party, there are always the dark clouds of corruption that will cling onto the ballot paper. But to cast a vote for the opposition coalition is even more terrifying, what with their delusional tactics and emotional outbursts. That’s why many millennials are expressing their support for the #UndiRosak movement. In truth, the youth are not concerned with a moral dilemma picking between a man connected to 1MDB and an older man connected to the BMF, forex and other financial scandals. What really bothers many from my age group is that in our eyes, we don’t see alternatives in the leadership vacuum. In fact, the lack of good and capable leaders has gotten to be s...