Komuniti tiada kewarganegaraan (Utusan Malaysia 4 Disember 2017)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5z3vzVXUoDkBXBmOhvIkLu0XQzPRHH2iPTOK0hoZxufTi0gNmyjaMA1loILy13Sw8iBchATsEnONs8sSh4zZbAEEg4wNmWiGl82_S0XyQ4AOpqPW_B46M1UhqzcYnmZA6BpL4H-Doh6xE/s320/Cakna+Komuniti+Tiada+Kewarganegaraan+2.jpg)
BERDASARKAN data dikeluarkan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Hal Ehwal Pelarian (UNHCR) sehingga 2013, terdapat 40,000 orang di Malaysia yang dianggap sebagai tiada kerakyatan, manakala melalui jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen pada 31 Oktober 2016, perangkaan kerajaan menyatakan ada 290,437 kanak-kanak di bawah 18 tahun yang tidak memiliki kewarganegaraan dari mana-mana negara. Daripada jumlah itu, sekitar 30,000 adalah dari komuniti Bajau Laut, atau turut dikenali sebagai kaum Pala’u yang kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai Semporna, Sabah. Cakna Komuniti Tiada Kewarganegaraan 2 Kerap kali, permasalahan ahli komuniti ini berpunca daripada kelahiran yang tidak didaftarkan sehinggakan hak mereka sebagai ‘rakyat’ negara ini terpinggir. Tanpa status kewarganegaraan, anak-anak Bajau Laut tidak dapat mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah kebangsaan, mendapatkan akses penjagaan kesihatan dan hak untuk mengundi. Sering kali juga merek...