Hak asasi menurut acuan kebangsaan (Utusan Malaysia 2 Oktober 2017)
BARU-BARU ini Pelapor Khas Hak Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau lebih dikenali sebagai Special Rapporteur telah menamatkan lawatan ke Malaysia. Lawatan 11 hari ke Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak itu adalah bertujuan menyediakan laporan tentang tahap pemakaian hak asasi rakyat Malaysia dalam hal kebudayaan, kesenian dan pembangunan sains seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR). Sejurus lawatan tamat, Pelapor Khas telah menyediakan laporan bertarikh 21 September 2017 yang melingkungi beberapa aspek. Laporan itu secara amnya menyentuh keadaan semasa di Malaysia berkaitan hak kebudayaan, komitmen Malaysia kepada triti antarabangsa, dan usaha Malaysia mengadakan Pelan Tindakan Hak Asasi Kebangsaan (PTHAK). Laporan yang diketengahkan oleh Pelapor Khas itu menggambarkan usaha kerajaan Malaysia dalam memartabatkan pemeliharaan hak asasi manusia di negara ini yang wajar dipuji. Ini termasuklah usaha yang giat dijala...