Mengapa peguam bohongi akujanji? (Utusan Malaysia 28 Ogos 2017)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQgqPe03zrByimmdtWr2IDUB7pNMAineA1bIwnDVHlWnjlisjKOliKAoPEjUPnXBeuAjmXp6NEjHmTF2IgLnm6Ej6wz8G2zXYgUT6ZMPBCsUmJaAWSr_2LDb8CqxpGrCAbBY49S_yRLZgB/s320/Cakna+Mengapa+Peguam+Membohongi.jpg)
“SEORANG peguambela dan peguamcara dalam pada bertindak dengan penuh hormat kepada mana-mana tribunal yang dihadirinya, hendaklah tanpa takut menegakkan kepentingan anak guamnya, kepentingan keadilan dan kemuliaan profesion tanpa mengambil kira akibat yang tidak menyenangkan sama ada kepada dirinya sendiri atau kepada mana-mana orang lain.” – Aturan 16, Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Kesopanan) 1978. Intipati Aturan 16 ini adalah antara akujanji yang diberikan oleh mana-mana orang yang didaftarkan sebagai seorang peguamcara dan peguambela. Aturan ini kerap disebut sebagai peraturan ‘tanpa rasa takut atau berkepentingan’ yang mudahnya bermaksud: seorang peguam bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan anak guam, kepentingan keadilan dan kemuliaan profesion undang-undang hendaklah dipelihara tanpa rasa takut atau tanpa melebihkan kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah asas kepada profesion yang meletakkan setiap pengamal undang-undang sebagai sahab...