Posts

Showing posts from May, 2017

Mencari penawar kerenggangan sosial (Utusan Malaysia 29 Mei 2017)

Image
BARU-BARU ini, Majlis Dakwah Negara telah menganjurkan sidang meja bulat untuk membincangkan tajuk, Perlembagaan Asas Perpaduan. Ucaptama sidang telah disampaikan oleh Tan Sri Aziz Abdul Rahman, ahli lembaga penasihat, Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Datuk Mohd. Noor Abdullah, mantan hakim Mahkamah Rayuan. Antara isi yang dikongsi berkenaan punca wujudnya ketidakpuasan hati sesetengah pihak sehinggakan perpaduan sukar untuk menjeleket. Pada pandangan beliau, masalah utama berpunca daripada ketidakseimbangan ekonomi kaum Melayu yang dilihat sebagai orang asal negara ini namun masih ketinggalan sedangkan komuniti lain sudah lebih terkehadapan. Ini membimbangkan, terutamanya apabila kajian menunjukkan masyarakat Melayu hanya memegang 24 peratus ekuiti negara sungguhpun komuniti ini mewakili 65 peratus penduduk Malaysia. Kerengsaan orang Melayu disebabkan oleh taraf ekonomi mengakibatkan timbul ketidakpercayaan kepada komuniti lain sehinggakan perpaduan terjejas. Jal...

Memahami istilah bangsa Malaysia (Utusan Malaysia 1 Mei 2017)

Image
PEMAHAMAN maksud bangsa Malaysia telah ber­ubah-ubah mengikut keselesaan pemimpin ­politik yang menggunakan istilah ini. Dalam tahun 1991, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ­telah menggunakan bangsa Malaysia dalam Visi 2020 bagi menjemput sumbangan setiap warganegara Malaysia ke arah pembangunan negara. Kini idea yang sama masih dilihat relevan dalam inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50). Lanjutan itu, ramai ahli politik, baik daripada pihak kerajaan atau pembangkang yang mengulang-ulang istilah ini bagaikan istilah keramat bagi mencapai matlamat masing-masing. Sehinggakan ada yang ingin mendaftarkan kelahiran baharu sebagai ‘Anak Malaysia’ untuk menentang klasifikasi kaum sedia ada, yang mana pilihan yang diberikan hanyalah terhad kepada kaum majoriti Melayu, Cina, India atau bumiputera. Dengan memilih istilah yang kononnya lebih ­generik, mereka menganggap idea mereka ‘bersih’ daripada percikan perkauman, yang kini dilihat sebagai istilah negatif ya...